Highway

Tuesday 24 December 2013

Kursus CIDB 20CCD 28-29 Dis 2013 Sudah Mendapat Kelulusan


Johor Bahru : Kursus Kontraktor kali ini telah mendapat kelulusan CIDB bernombor CIDBJH/C/2013/0132 yang memberi 20 mata CCD. Pendaftaran masih lagi dibuka untuk semua kontraktor berdaftar yang masih lagi belum mencukupkan mata, juga boleh dihadiri oleh bakal-bakal kontraktor dan orang ramai yang berminat mencari ilmu mengenai industri pembinaan seperti JK Masjid yang berhasrat membina masjid supaya tidak diperdaya oleh kontraktor yang berniat serong.

Tarikh 28-29 Disember 2013 Sabtu Ahad
Masa : 8.30-5.00 petang
Tempat : Dewan Koperasi Akrab Johor Bhd.
Taman Kempas Indah JB (2 Km daripada Setia Tropika)
Yuran : RM350 sahaja termasuk fail, nota, sijil dan makan 3 kali sehari

Sebarang pertanyaan hubungi 019 7577708


Tuesday 10 December 2013

Kursus CIDB Hujung Tahun : Teknik Pengurusan & Pengawalan Projek Berkesan


Johor Bahru : Memandangkan keadaan musim tengkujuh yang sedang melanda sekarang, banyak projek luaran terpaksa ditangguhkan bagi mengelakkan kemalangan. Kursus Kontraktor kali ini bersempena hujung tahun dan terbuka kepada semua syarikat kontraktor yang masih belum mencukupkan mata CCD.

Kursus Kontraktor Teknik Pengurusan & Pengawalan Projek Berkesan kali ini mengurniakan 20 mata CCD yang akan diadakan sebagimana berikut :

Tarikh : 28 - 29 Disember 2013 Sabtu - Ahad 

Masa : 8.30 - 5.00 petang

Tempat : Dewan Koperasi Akrab Johor Berhad 90-01 Jalan Kempas Indah 1/1, Taman Kempas Indah, Johor Bahru 

Yuran : RM350 Sahaja

 Anjuran : Akrab Training & Services dengan kerjasama CIDB Pejabat Negeri Johor

 Kepada yang berminat, sila daftar segera dengan menaip SMS atau hubungi En. Hamdan di talian 019 7577708 

 Untuk mendapatkan penjelasan lanjut seperti Jadual Kursus dan Borang Pendaftaran, boleh juga menghantar emel ke alamat : akrabjohor@gmail.com 

 Sila layari FB : Koperasi Akrab Johor Berhad

Pendaftaran Kursus CIDB : Kursus Kontraktor Teknik Pengurusan & Pengawalan Projek Berkesan Dibuka Sekarang


Johor Bahru : Kursus Kontraktor Teknik Pengurusan & Pengawalan Projek Berkesan kali ini mengurniakan 20 mata CCD yang akan diadakan sebagimana berikut :

Tarikh : 28 - 29 Disember 2013 Sabtu - Ahad
Masa : 8.30 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Koperasi Akrab Johor Berhad
90-01 Jalan Kempas Indah 1/1, Taman Kempas Indah, Johor Bahru
Yuran : RM350 Sahaja

Anjuran : Akrab Training & Services dengan kerjasama CIDB Pejabat Negeri Johor

Kepada yang berminat, sila daftar segera dengan menaip SMS atau hubungi En. Hamdan di talian 019 7577708

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut seperti Jadual Kursus dan Borang Pendaftaran, boleh juga menghantar emel ke alamat : akrabjohor@gmail.com

Sila layari FB : Koperasi Akrab Johor Berhad 

Kebersihan Premis Diutamakan Dalam Kursus Kontraktor Teknik Penyediaan Sebut Harga Kompetetif


Johor Bahru : Kami sangat-sangat mengutamakan kebersihan tandas kerana itu ialah lambang imej kami yang mementingkan kebersihan dan integriti.

Meskipun peserta kali ini tidak ramai sebagaimana yang kami harapkan, tetapi kami tetap akan terus menganjurkan siri latihan sebegini dan berusaha meningkatkan pemasaran sesuai dengan hasrat kami untuk menjadi Pusat Latihan Keusahawanan dan sama-sama kita berdoa agar Akrab Training terus maju, menjadi pusat yang bakal melahirkan kontraktor dan usahawan yang unggul di negeri  Selatan Semenanjung ini.

Salam hormat daripada
Sekretariat Kursus Kontraktor Akrab Training & Services

4 Disember 2013

Kelengkapan dinaik taraf untuk Kursus Kontraktor Teknik Penyediaan Sebut Harga Kompetetif


Johor Bahru : Pemasangan blinder tebal tidak telus cahaya yang baru pada tingkap,  whiteboard yang lebih besar, flipchart berdiri untuk kertas mahjong dan skrin projektor yang tetap telah memberi keselesaan dan kemudahan kepada peserta dan fasilitator.


Kemudahan musola berhawa dingin untuk kegunaan peserta muslim solat berjamaah juga disediakan di mana peserta juga digalakkan solat sunat Dhuha memohon Allah SWT kurniakan rezki yang melimpah ruah dan tempat ini juga boleh jadi lokasi berehat sambil menunggu sesi pelajaran seterusnya. 

Kursus Kontraktor Teknik Penyediaan Sebut Harga Kompetetif Dengan Menu Istimewa


Johor Bahru : Istimewa nya Kursus Kontraktor kali ini di mana menu makanan disediakan oleh SIH Akrab Food Industri Sdn. Bhd. yang memenuhi citarasa peserta dan penganjur di mana telah dihidang tepat pada masanya sebanyak 3 kali sehari.


Peserta juga dibekalkan dengan fail yang mana di dalamnya terdapat nota penting dan contoh latihan pengiraan. Kertas A4, tanda nama pada meja, pembaris dan mesin kira juga disediakan bagi kemudahan peserta. 

Kursus Kontraktor Teknik Penyediaan Sebut Harga Kompetetif Terbuka Untuk Semua Kaum


Johor Bahru : Kami mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir  dan membuat pembayaran.  Terdapat 2 syarikat yang menghantar 2 peserta masing-masing dan kami memang mengadakan diskaun kepada peserta yang mendaftar secara kelompok dari satu syarikat. Juga terdapat seorang peserta berbangsa Tionghua.

Kursus Kontraktor Teknik Penyediaan Sebut Harga Kompetetif Berlangsung Dengan Jayanya


Johor Bahru : Terdapat seramai 6 peserta telah berjaya menghadirkan diri sehingga tamat kursus dan telah mendapat ilmu yang disampaikan oleh Prof Madya Sr Dr. Zakaria Mohd Yusof  selama 2 hari bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Pada sebelah petang hari kedua beliau sudi bersama pengurus, menyampaikan sijil dan cenderahati berupa pen dan kemeja T Syarikat Akrab Creative yang juga anak syarikat Koperasi Akrab kepada semua peserta. 

Laporan Ringkas Perjalanan Kursus Kontraktor Teknik Penyediaan Sebut Harga Yang Kompetatif



Johor Bahru : Bertarikh 3 – 4 Disember 2013 hari Selasa dan Rabu telah diadakan Kursus Kontraktor Teknik Penyediaan Sebut Harga Yang Kompetatif yang diadakan di Dewan Seminar, Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman Kempas Indah, Johor Bahru.