Highway

Thursday 29 August 2013

Pelancaran Akrab Creative Ditangguh Pada 14 Sept 2013


Persiapan pelancaran Akrab Creative Printing Services giat dijalankan, menurut pengurusnya Sdr Mustaqim Bin Yusof , pelancaran InshaAllah pada 14 September 2013 hari Sabtu di Akrab Creative Centre 45-01 Jalan Kempas Utama 1/2 Taman Kempas Utama,  Johor Bahru.


Menutrut beliau penangguhan itu disebabkan oleh perasmi  (VIP Tan Sri ) yang dihajati hanya akan turun Johor Bahru pada tarikh tersebut. Kesulitan amat dikesali.

Urusan jemputan perasmian diserahkan kepada Dato' Haji Norzam Darmin (Foto) yang juga Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Akrab Johor yang juga Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM)

Akrab Creative merupakan peneraju penerbitan bahan bercetak (printing digital) seperti banner, banting, papantanda jalan, papantanda perniagaan, pencetakan jersi kemeja T, beg, cendearhati dan lain-lain lagi.

Kami mengalu-alukan kepada yang berminat untuk melabur dalam projek yang berdaya-maju ini dengan menghubungi usahawan muda ini atau sms 0127084206

Tuesday 27 August 2013

Kursus Kontraktor Pembinaan Dgn Kerjasama CIDB pada 14-15 September 2013

Bagi kontraktor lama atau kontraktor baru atau yang belum mahupun yang bakal menjadi kontraktor, peluang terbaik untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman bersama Penceramah (fasilitator) dari UTM.

Mengapa mesti mengikuti kursus ini :
  • Fasilitator terbaik
  • Fasilitator mempunyai kepakaran
  • Fasilitator berpengalaman, 
  • Kerjasama dengan CIDB
Kursus 2 hari ini menawarkan 20 mata CCD dengan bayaran RM350 termasuk fail, nota rujukan, sijil kehadiran dan makan 3 kali sehari.

10 peserta yang membuat pendaftaran awal akan mendapat diskaun sehingga 14% . cepat segera hubungi Akrab Training & Services atau SMS <nama> jarak <alamat> hantar ke 0197577708


Monday 26 August 2013

Lokasi Kami Dari Lapangan Terbang Senai



Mengambil masa 27 minit jika mengikut jalan biasa tanpa tol, jika mahu menggunakan Highway Plus hanya mengambil masa 21 minit

Penerangan di bawah jika mengikut Jalan biasa (Jalan Seelong)

Keluar dari Lapangan Terbang
Belok kiri ke Jalan Seelong
Belok kanan ke Jalan Seelong (arah Johor Bahru)
Terus ke Jalan Kampung Maju Jaya
Belok Sebelah kiri ke Taman Kempas Indah
Terus jumpa deretan rumah kedai
Pejabat Ko-Akrab berada di atas kedai Gunting Rambut
90-01 Jalan kempas Indah 1/1, Taman Kempas Indah, 81300 Skudai, Johor




View Larger Map

Lokasi Kami Dari Stesen Bas Larkin



Sekiranya anda dari arah Stesen Bas Larkin Bandaraya Johor Bahru
Hanya mengambil masa 13 minit sepanjang 8.1km (Trafik agak sesak)
Dari Jalan Datin Halimah ke Jalan Merak
Terus ke Jalan Petaling
Terus ke Jalan Kempas Baru
Belok kanan ke Jalan Kempas Lama
Belok kanan ke Taman Kempas Indah
Terus jumpa deretan rumah kedai
Pejabat Ko-Akrab berada di atas kedai Gunting Rambut
90-01 Jalan kempas Indah 1/1, Taman Kempas Indah, 81300 Skudai, Johor


View Larger Map

Mudahnya Mencari Lokasi Kami Dari Highway Plus



Mengambil masa 4 minit sahaja dari Tol Kempas,
Jika berada di Lebuhraya Utara Selatan (Plus)
Exit (keluar) Tol Kempas
Pastikan laluan ke arah Seelong, Senai
Belok Sebelah Kanan ke Taman Kempas Indah
Terus jumpa deretan rumah kedai
Pejabat Ko-Akrab berada di atas kedai Gunting Rambut Lelaki
90-01 Jalan Kempas Indah 1/1, Taman Kempas Indah, 81300 Skudai, Johor

Sangat berdekatan juga dengan laluan masuk dan keluar ke Lebuhraya Pasir Gudang

Pengangkutan awam paling hampir
KTM Stesen Kempas 2.06km dari lokasi

Sekolah paling hampir
SMK Kempas 4.68km
SK Kg Maju Jaya 2.85km

Restoren Makanan Segera paling hampir
KFC Setia Tropika Drive Thru 0.75km
Pizza Hut Setia Tropika .068km
Mc D Setia Tropika .52km




View Larger Map

Sunday 25 August 2013

Muka Buku (FB) Koperasi Akrab Dalam Pembinaan

Memandangkan teknologi mendapatkan inforfmasi zaman ini lebih cenderung kepada stail 'Laman Sosial' maka telah di bina FB Koperasi Akrab untuk kemudahan maklumat kepada semua. Terima kasih

Sila ziarah FB Koperasi Akrab Johor Berhad dan jangan lupa untuk 'Like'

Wednesday 21 August 2013

Akrab Training Tawarkan Kursus Kontraktor Kepada Semua


Contoh pembinaan bangunan 2 tingkat Sekolah Islam Hidayah JB ini menggunakan teknologi "Load Bearing Bricks" kos pembinaan sebanyak RM1 juta. Gambar dirakamkan pada 19 Jun 2013.

Akrab Training and Services ditubuhkan untuk mengendalikan keperluan latihan dan kursus. Sebuah pusat latihan telah dibangunkan yang diberi nama ACE - Akrab Centre Of Entrepreneuship.


Pusat ini akan mengendalikan kursus-kursus keusahawanan untuk melatih ahli-ahli dan juga menampung keperluan pihak luar seperti CIDB dan lain-lain agensi.

Menurut Pengerusi Koperasi Akrab, Prof Madya Dr Zakaria Mohd Yusof (foto) berkata pihaknya akan bekerjasama dengan CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) dan memastikan kusus-kursus yang dijalankan mendapat pengiktirafan CIDB.

Antara senarai modul yang dijalankan ialah seperti

Modul 1 - Penganggaran Kos Projek Pembinaan
Modul 2 - Pengukuran Kerja Bangunan
Modul 3-  Pengukuran dan Peranggaran Kos Kerja
Modul 4 - Pengurusan Projek dan Kewangan Dalam Pembinaan
Modul 5 - Perancangan Aliran Tunai dan Pengawalan Dalam Projek Pembinaan
Modul 6 - Pengurusan Kontrak dan Tuntutann dalam Projek Pembinaan

Pusat ini menyediakan semua modul kursus tersebut dan mempunyai kepakaran tenaga pensyarah yang mencukupi dari pusat pengajian tinggi tempatan untuk dikongsikan kepada peserta kursus. Jangan lepaskan peluang ini segera mendaftar dengan menaipkan Nama dan Alamat dan hantar SMS ke 0197577708

Tuesday 20 August 2013

SIH Akrab Food Industri Berusaha Mewujudkan 'Central Kitchen"

Pengerusi SIH sedang bergotong royong memasak untuk 2000 tetamu di program Malam Badar Sekolah Hidayah Ramadan 2013

Syarikat ini ditubuhkan dengan usahasama SIH Niaga Sdn Bhd yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan katering, kantin sekolah dan asrama berpengkalan di Sekolah Islam Hidayah JB yang mempunyai pelajar lebih kurang 1,700 orang.

Menurut Pengerusi SIH Niaga Tuan Haji Abd Rashid Bin Zainudin (Foto), fokus utama untuk menjalankan perniagaan menyedia dan membekalkan makanan halal siapmasak. Potensi pelanggan adalah kantin sekolah dan kantin kilang.

Sebuah bangunan kedai akan disewa untuk mewujudkan sebuah dapur berpusat (Central Kitchen) dengan kelengkapan dapur terkini dan lengkap yang mampu menyediakan masakan untuk tempahan dalam skala besar.

Beberapa pekerja tetap telah dilantik dan dibantu dengan pekerja terlatih dalam waktu terdekat ini. Jangkaan projek dapur berpusat ini akan disiapkan pada Oktober 2013. Modal permulaan ialah RM200,000 dan peluang terbuka untuk membuat pelaburan dalam projek yang sangat berdaya saing ini.

Persiapan Pelancaran Akrab Creative

Persiapan pelancaran Akrab Creative Printing Services giat dijalankan, menurut pengurusnya Sdr Mustaqim Bin Yusof  (foto bawah), pelancaran InshaAllah pada 2 September 2013 hari Isnin di lokasi baru di Taman Kempas Utama  Johor Bahru.

Akrab Creative merupakan peneraju penerbitan bahan bercetak (printing digital) seperti banner, banting, papantanda jalan, papantanda perniagaan, pencetakan jersi kemeja T, beg, cendearhati dan lain-lain lagi.

Kami mengalu-alukan kepada yang berminat untuk melabur dalam projek yang berdaya-maju ini dengan menghubungi usahawan muda ini atau sms 0127084206



Monday 19 August 2013

Dapatkan Borang Keahlian Ko-Akrab Segera

Cetak, isikan dan hantar kepada kami segera
Klik untuk cetak


KOPERASI AKRAB JOHOR BERHAD
No 90-01 Jalan Kempas Indah 1/1
Taman Kempas Indah
81300 Skudai
JOHOR
Tel : 018 3078891
Faks : 07 5589015
Emel : akrabjohor@gmail.com

Carta Organisasi Koperasi & Projek


Projek-projek Yang Dijalankan Oleh Ko-Akrab

 

PROJEK-PROJEK YANG SEDANG DAN AKAN DIJALANKAN 

• AKRAB TRAINING & SERVICES (AKRAB CENTRE OF ENTREPRENEURSHIP ATAU ACE) 

• SIH AKRAB FOOD INDUSTRI SDN BHD. 

• AKRAB SALES AND SERVICES 

• AKRAB MANAGEMNENT & SERVICES (AKRAB TRAVEL) 

• AKRAB CREATIVE PRINTING SERVICES. 

• AKRAB HOMESTAY 
  


 
AKRAB TRAINING & SERVICES (AKRAB CENTRE OF ENTREPRENEURSHIP ATAU ACE) 

Ditubuhkan untuk mengendalikan kursus dan latihan merupakan sebuah pusat latihan yang dibangunkan atas nama ACE – Akrab Centre Of Entrepreneurship.

Pusat ini akan mengendalikan kursus keusahawanan dan kursus kontraktor dengan kerjasama beberapa agensi seperti CIDB dan lain-lain.

SEWAAN RUANG SEMINAR / KURSUS 

Ruang yang boleh menempatkan 100 peserta untuk tujuan seminar, bengkel, kursus, tuisyen, kelas agama, kelas mengaji, usrah dan mesyuarat korporat.

Ruangan berhawa dingin sepenuhnya dilapik dengan karpet tebal dan satu lagi ruang tile untuk keselesaan peserta dan penganjur. Kelengkapan seperti LCD Projektor, Skrin, PA System akan disediakan.

Begitu juga khidmat tempahan makanan peserta dan penganjur boleh dibincangkan.

 
LOKASI YANG STRATEGIK 

Hanya mengambil masa 4 minit dari Plaza Tol Kempas, Kira-kira 20 minit sahaja dari Lapangan Terbang Senai dan hanya 20 minit juga dari lokasi ini untuk ke Danga Bay menikmati suasana yang menyeronokkan sambil membeli belah di pasaraya.

Tempahan sila SMS 019 7577708 

KOPERASI AKRAB JOHOR BERHAD 
No 90-01 Jalan Kempas Indah 1/1 
Taman Kempas Indah 81300 Skudai JOHOR 

Tel : 018 3078891 
Faks : 07 5589015 
Emel : akrabjohor@gmail.com

Senarai Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Akrab Johor Berhad

Pengerusi
Prof Madya Dr Zakaria Bin Mohd Yusof
Pensyarah

Setiausaha
Mohd Noor Daud
Jurutera

Bendahari
Ahmad Zaidon Bin Rais
Pensyarah

Senarai ALK


Dato' Norzam Bin Darmin
Arkitek

Dato' Yusof Bin Ahmad
Perunding Perancang Bandar

Zainal Abidin Bin Sidi
Pensyarah

Mustaqim Bin Yusof
Ahli Perniagaan

Prof Dr Jasmy Bin Yunus
Pensyarah

Salleh Kassim
Salleh Bin Kassim
Pengurus


Ahmad Hisham Bin Ahmad Walat
Ahli Perniagaan

Hamnoi Binti Junit
Pengurus

Mohd Radzi Bin Ibrahim
Ahli Perniagaan

Sunday 18 August 2013

Peringatan Untuk Membayar Syer Yang Tertunggak

 

Assalamualaikum

Adalah di maklumkan bahawa pihak Koperasi Akrab sedang membuat semakan dan mengemas kini rekod bayaran syer yang telah di jelaskan oleh ahli.

Mengikut semakan ini, rata-rata ahli telah menjelaskan bayaran fi masuk sebanyak RM 50, Alhamdulillah. terimakasih.

Manakala ada juga yang masih belum melunaskan bayaran untuk syer sebanyak RM 500. Sehubungan dengan itu, pihak Koperasi Akrab Johor Berhad ingin memohon jasa baik semua untuk menyelesaikan baki yang tertunggak dengan secepat mungkin secara keseluruhan.

Atau sekiranya anda ingin membuat bayaran ansuran sila berbuat demikian dengan mengemukakan 'post dated cheque' bagi keseluruhan jumlah RM 500 tersebut.

Semua bayaran hendaklah di buat atas nama

'Koperasi Akrab Johor Berhad', 

CIMB Islamic, no. akaun 0116 0000 4861 08 

Sila  maklumkan kepada kami melalui SMS 0197577708 atau emel akrabjohor@gmail.com
atau di poskan slip penyata kepada  

Koperasi Akrab Johor Berhad, 
90-01 Jalan Kempas Inda 1/1 
Taman Kempas Indah 
81300 Johor Bahru.

Sila abaikan notis ini sekiranya telah membuat bayaran. Segala kerjasama sangat-sangat dialu-alukan dengan matlamat untuk membantu memajukan ekonomi ahli melalui koperasi.

Segala kemusykilan sila berhubung dengan
Sekretariat Koperasi Akrab 0197577708

atau menghubungi penama-penama berikut:-
1. Dato' Norzam Bin Darmin (Pengerusi JKPE Ikram Negeri Johor) – 019 778 9979
2. Prof Madya Dr. Zakaria Bin Mohd Yusof (Pengerusi Akrab) – 019 773 2512
3. Ahmad Zaidon Bin Rais (Bendahari Akrab) – 019 715 1960
4. Dato' Yusof Bin Ahmad (ALK Akrab) – 012 771 0788

Sekian di maklumkan. Terima kasih.

Thursday 15 August 2013

Tunggakan Hutang Piutang

‎"Penguluran (hutang) oleh orang yang mampu (membayar) adalah kezaliman" [Hadis Riwayat Al-Bukhari 2400 –Fathul Bari- dan Muslim 1564], tertera dalam FB Mohd Radzi Ibrahim. Kemudian Lotfi Al-Fikri juga dalam FB pula menambah, Imam al-Haitami mengatakan: "Orang berkemampuan tapi menangguhkan melunas hutang dengan sengaja dikira sebagai salah satu daripada dosa besar" [dalam al-Zawajir'an Iqtiraf al-Kabair, 1/250].

Pada asalnya, pegangan kita ialah apa yang bersandarkan Islam kita kena sokong! Sekolah Islam, Koperasi Islam, Bank bersandarkan syariah Islam, Takaful Islam, makanan Islam, pakaian Islam, dan segala yang berteraskan Islam wajib kita bantu dan 'make sure' dia terus hidup.
Jangan biarkan apa-apa yang Islam itu mati kerana kita... Kerana kita tidak membayar hutang yang kita pinjam dari mereka.

Hari ini saya mendapat senaskah Berita Muslimin dari Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB). Koperasi ini ditubuhkan 30 tahun yang lalu atas daya usaha Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Koperasi ini mempunyai keahlian seramai 36,173 orang, dengan bilangan terkecil dari Labuan seramai 8 orang dan yang teramai dari Selangor iaitu 9,996 ahli.

KMMB telah mengalami tunggakan hutang sehingga Mei 2011 berjumlah RM7.4 juta. Dengan kata lain, ahli KMMB seramai 704 orang telah berhutang dengan koperasi untuk membiayai pelbagai skim yang ditawarkan sehingga menjangkau RM7,408,221.88. Skim pinjaman untuk pembelian tanah/rumah merupakan peratusan tertunggak yang tertinggi.

Skim-skim lain yang disediakan oleh KMMB ialah pinjaman pembelian peralatan, pembiayaan pembelian kereta, qardhul hasan, pembiayaan motosikal, dan skim pinjaman untuk umrah dan ziarah.

Saya sendiri tidak pernah menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut tetapi menyokong KMMB atas dasar sebuah koperasi Islam.

Sungguhpun demikian, saya banyak mendapat keuntungan dari segi anugerah cemerlang yang disediakan. KMMB menyediakan apa yang dipanggil sebagai Al-Abrar; anugerah kecemerlangan UPSR, PMR, SPM, STP, first class degree, PhD, dan tahfiz; khairat kematian; dan musibah.
Bagi Januari hingga Jun 2011, 891 permohonan Skim Al-Abrar telah diluluskan dengan jumlah RM351,842. Kategori Khairat Kematian mencatatkan kelulusan tertinggi dengan 719 kelulusan berjumlah RM259,550. Anugerah Cemerlang sebanyak 125 kelulusan berjumlah RM81,800 dan Musibah dengan 47 kelulusan dengan jumlah RM10,492.

Lihatlah betapa banyak koperasi telah membantu ahli mereka.

Kita perlu menyokong koperasi Islam seperti ini, dan sekarang di Johor sudah ada Koperasi AKRAB untuk ahli IKRAM. Marilah kita sokong institusi-institusi Islam seperti ini dan janganlah kita bebankan pengurusan kewangan mereka dengan bebanan hutang kita!

Jika kita terperangkap dengan hutang, maka usahakanlah dengan membayar sedikit demi sedikit. Setidak-tidaknya, ada nampak usaha dari kita... 
Kredit kepada sumber catatan Wan Ibtisam Fikry

Berpesan-Pesan Sesama Ahli Koperasi

Betapa manisnya terasa ukhuwah sesama ahli jamaah apabila sahabat bertanya khabar...

Biarpun dia tidak mampu membantu tetapi sekadar bertanya khabar dengan ikhlas itu sudah cukup memberi aku semangat. Semangat untuk menghabiskan pembaikian kepada penulisan tesisku.

Pada petang sabtu lepas, aku menghadiri mesyuarat agung Koperasi Akrab Johor Berhad. Daripada ahli seramai 80 orang lebih, hanya 20 orang yang hadir. Ia sudah mencukupi kuorum bagi menjalani mesyuarat agung buat julung-julung kali bagi Koperasi Akrab.

Seorang sahabat yang bersalaman denganku bertanyakan tentang tesis PhDku. Aku dengan jujur memaklumkan bahawa belum ada waktu untuk membuat pembetulan. Baru aje habis memeriksa kertas 'final exam' dan membaca Projek Sarjana Muda (PSM) semester ini.

InsyaAllah akan aku habiskan segala pembetulan semasa cuti semester ini.

Walaupun kata orang dah rasa seperti nak muntah untuk membaca dan membetulkan tesis ini tetapi akan ku tetapkan hati ini dan ku pohon padaMu ya Allah untuk memberikan daku kekuatan. Sesungguhnya, Engkaulah yang memberi kekuatan dan kejayaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki.

InsyaAllah dengan kejayaan mendapat PhD nanti, ada sumbangan yang dapat ku berikan kepada agamaMu ya Allah. Ya Allah, tabahkan hatiku, kuatkan semangatku, cekalkan kemahuanku, dan curahkan idea yang berterusan.

Dengan mendapat PhD juga, aku mengharapkan ia memberi suntikan dan dorongan kepada anak-anak untuk terus menimba ilmu.

Ilmu Allah maha luas dan tak mampu untuk kita kuasai ke semuanya.

Katakanlah (Muhammad), "Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimah-kalimah Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." (al-Kahfi; 109)


Kredit kepada Blog Wan Ibtisam

Koperasi AKRAB Untuk Kebajikan Ahli IKRAM Johor

Koperasi adalah sebuah institusi yang ditubuhkan untuk membantu masyarakat. Banyak bentuk kebajikan yang boleh diberikan sekiranya koperasi itu benar-benar hidup.

Koperasi di Jepun banyak menubuhkan pasaraya dan harga barangan yang murah di pasaraya tersebut dapat dirasai dan dinikmati oleh ahli-ahlinya.

Hari ini Koperasi AKRAB akan mengadakan mesyuarat agung. Koperasi AKRAB dikhususkan kepada ahli-ahli IKRAM Johor untuk menyertainya.

Di peringkat nasional, ahli IKRAM sudah mempunyai KIMB, iaitu Koperasi Islah Malaysia Berhad.

Sebagai sebuah badan NGO, pertubuhan IKRAM sewajarnya mempunyai satu sistem ekonomi yang kukuh. Banyak perkara berkaitan kebajikan masyarakat dapat dilaksanakan jika IKRAM mempunyai kewangan yang baik.

Ini bermaksud bahawa kebajikan ahli akan dapat dipenuhi disamping kebajikan masyarakat luar akan dapat dilipatgandakan.

Untuk membuat kebajikan memerlukan kewangan. Sebuah NGO yang mantap sudah pasti mempunyai kewangan yang stabil.

Kita mengetahui bahawa setiap pendapatan yang diperolehi mempunyai hak masing-masing. Sebahagiannya untuk kita, dan ada juga hak-hak orang miskin dan hak-hak orang yang memerlukan. Kita diajar supaya tidak lokek dan sentiasa membantu mereka yang susah.

Dengan institusi koperasi seperti AKRAB ini, saya merasakan bahawa duit kita akan diurus dengan baik dan kebajikan ahli akan dijaga insyaAllah.

Marilah kita sama-sama membantu agensi koperasi kita dengan menjadi ahli. Jika tidak kita, siapa lagi?

Kredit kepada Blog Tok Wae

Koperasi Akrab Johor Berhad Untuk Ahli Ikram

Ahli IKRAM Johor berpeluang untuk menjadi ahli Koperasi Akrab Johor Berhad. Koperasi ini telah diluluskan penubuhannya pada 07/07/2011 dengan nombor pendaftaran J-4-0818.
Mesyuarat koperasi telah diadakan pada 14 Ogos 2011 bagi memilih Ahli Lembaga Koperasi.
Bersesuaian dengan motto Pertubuhan IKRAM, “Ukhuwwah Teras Kegemilangan”, perkataan AKRAB pada koperasi IKRAM mencerminkan kesatuan dan kesepaduan ahli-ahli semua.

Pertubuhan IKRAM Malaysia, insyaAllah akan menjadi satu pertubuhan yang mencakupi ke semua aspeks kehidupan manusia.

Kita mempunyai hati yang prihatin kepada masyarakat dengan menjalankan amal-amal kebajikan atau sosial seperti membantu mangsa-mangsa banjir, kebakaran dan mereka yang miskin.


Kita menyediakan sekolah alternatif kepada ibubapa yang merasakan keperluan aliran agama diasimilasikan ke dalam sistem persekolahan biasa. Alhamdulillah, Sekolah Hidayah telah menempa nama di peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa.


Kita juga bergerak ke sekolah, kilang-kilang, dan pejabat menjalankan kempen Anda Bijak Jauhi Zina sebagai satu medium untuk mengurangkan masalah gejala sosial.


Kita tak cukup tangan menangani mereka yang ingin menganuti Islam. Banyak ceramah-ceramah yang dijalankan kepada mereka yang belum Islam yang dibuat oleh Unit ROSE (Ray of Serenity).

Kita juga menyediakan rumah perlindungan kepada mereka yang terlanjur dalam perhubungan melalui Raudhatul Sakinah.


Di peringkat antarabangsa pula, kita cuba membantu rakyat atau umat Islam di seluruh dunia termasuklah aktiviti pembebasan rakyat Palestin dari kekejaman Yahudi melalui Aqsa Syarif.


Disamping aktiviti yang lain-lain lagi, kita juga sekarang berkecimpung dalam bidang ekonomi melalui Koperasi Akrab Johor Berhad.

Kita mendoakan semoga IKRAM terus maju dan berjaya membawa masyarakat ke arah penghayatan Islam yang sebenar.

Kredit kepada Tokwae

Wednesday 14 August 2013

Koperasi Akrab Johor memacu ekonomi





Written by IKRAMedia Johor on . Posted in Berita Semasa
 
 


Kredit kepada Ikram Media
 
Satu memorandum persefahaman telah ditandatangani diantara Koperasi Akrab Johor Berhad dan Akrab Creative Sdn. Bhd. pada 25hb Julai 2013 bersamaan malam 17 Ramadhan 1434H bertempat di pejabat Koperasi Akrab Johor Berhad.

Memorandum telah ditandatangani oleh pengerusi Koperasi Akrab Johor Berhad, Dr Zakaria Mohd Yusof dan pengurus Akrab Creative Sdn. Bhd, En. Mustaqim Yusof di hadapan Pengerusi JK Ekonomi Ikram Johor, Dato' Ar. Norzam Darmin.

Dengan persepakatan ini, Koperasi Akrab Johor Berhad dijangka akan dapat menjana pendapatan hasil daripada sumbangan sebahagian daripada keuntungan Akrab Creative Sdn. Bhd. Koperasi Akrab Johor Berhad ditubuhkan bertujuan untuk menambah pendapatan ekonomi ahli, kebajikan ahli, skim pinjaman ahli, pembiayaan pendidikan ahli, kerjasama perniagaan, tabung khairat kematian, takaful berkelompok dan lain-lain.

Menurut pengurus koperasi, En. Hamdan Basiran, pihak koperasi sedang berusaha untuk menambah keahlian baru daripada ahli-ahli Ikram Johor. Yuran pendaftaran hanya RM50 manakala jumlah syer sebanyak RM500 sahaja.

"Kami sedang dan akan menceburi berbagai bidang bisnes seperti kursus latihan, industri makanan, perniagaan rekabentuk kreatif, jualan produk, khidmat pengurusan, homestay dan lain-lain."

"Kupon diskaun membeli produk kami akan diberikan kepada ahli yang baru mendaftar sepanjang bulan Ramadan", tambah beliau.

Salam Perkenalan, Salam Aidilfitri, Jom Puasa Enam Syawal


1 Syawal telah berlalu, tentunya seronok dapat berjumpa sanak saudara semasa cuti hariraya yang lalu, oh ya jangan lupa untuk kita menjalankan ibadah puasa sunat Syawal selama enam hari yang mana pahalanya seumpama berpuasa selama setahun.

Salam perkenalan, ini blog khas untuk semua ahli koperasi Akrab Johor Berhad daripada Ahli Lembaga Koperasi dan staf.

Kredit kepada Sumber