Highway

Friday 13 November 2015

Workshop kenali saham jana pendapatan

Satu bengkel atau workshop asas bagaimana mengenali bursa saham telah diadakan pada 14 November 2015 Sabtu di Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad. Taman Kempas Indah, JB.

Alhamdulillah, bengkel yang sangat baik dan jurulatih pembimbing yang mesra pelanggan. Kami sebagai penyedia tempat kursus amat berbesar hati atas kesudian pihak penganjur menggunakan premis kami sebagai lokasi latihan. semoga kerjasama ini akan berterusan di masa akan datang.

Kepada yang berminat untuk menceburkan diri dalam bisnes saham dan berhajat menjana pendapatan boleh menghubungi 0133512703 Noor Fatehah. Semoga sukses. Terima kasih.



Mencari dewan untuk kursus atau bisnes training di JB?

Adakah anda mencari dewan untuk kursus, seminar, latihan atau kelas dengan harga yang berpatutan di Bandaraya Johor Bahru? Kami ada jawapannya. Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad adalah lokasi yang sesuai untuk anda. Hanya 5 minit dari Tol Kempas, 3 minit dari Setia Tropika, 20 minit dari Lapangan Terbang Senai dan 20 minit ke Danga Bay. Berminat? sila SMS, wasap atau hubungi 0127082260 En Hamdan. Terima kasih.

#sewadewan #murahselesaselamat #JB



Friday 6 November 2015

Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pengurusan CIPAA



Alhamdulillah kursus ini berlangsung pada 3-4 November 2015 bermula 8.30 pagi -5.00 petang di Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad. Kursus dikendalikan oleh Haji Ismail Omar dari Minda Wibawa Resources.

Sangat bagus dan bermanfaat kepada semua kontraktor dalam urusan membuat tuntutan bayaran dan jika berlaku kelewatan bayaran atau tidak menerima bayaran yang sepatutnya sedangkan kerja-kerja telah dilaksanakan maka terpaksa menggunakan saluran undang-undang.

Kursus kontraktor CIDB 20 mata CCD. Sebagai penyedia tempat kursus kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengendali kursus yang sudi mengunakan kemudahan premis kami sekali dengan perkhidmatan katering.

Moga selesa dan berterusan bentuk kerjasama ini di masa hadapan. InshaAllah. Kursus akan datang pada 3-4 Disember 2015 InshaAllah. Hubungi 0193036869 Haji Ismail Omar




Monday 19 October 2015

Tahniah Dr.PhD kepada Dato Norzam

Pengorbanan Dato Dr. Haji Norzam Darmin berbaloi apabila telah berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Konvokesyen 2015 UTM di Skudai Johor Bahru baru-baru ini.

Beliau adalah salah seorang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Akrab Johor Berhad dalam Biro Pelaburan yang juga seorang Arkitek Berlesen.

Dalam bidang bisnes beliau telah menyandang jawatan Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Cawangan Johor.

Dato juga aktif dalam pertubuhan NGO Ikram yang menyandang sebagai Pengerusi JK Pembangunan Ekonomi Negeri Johor.

Semoga kejayaan beliau ini akan menjadi pemangkin kepada kemajuan Koperasi Akrab Johor Berhad ke persada gemilang. Sekalung tahniah daripada kami. Terima kasih.

Monday 5 October 2015

Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pengurusan Projek Metodologi PMP

Alhamdulillah kursus ini berlangsung pada 21-22 September 2015 bermula 8.30 pagi -5.00 petang di Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad.

Kursus dikendalikan oleh Haji Ismail Omar dari Minda Wibawa Resources. Sangat bagus dan bermanfaat. Kursus kontraktor CIDB 20 mata CCD. 

Sebagai penyedia tempat kursus kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengendali kursus yang sudi mengunakan kemudahan premis kami sekali dengan perkhidmatan katering. Moga selesa dan berterusan bentuk kerjasama ini di masa hadapan. InshaAllah.






Thursday 13 August 2015

Seminar Borong di China & Seminar Saham menggunakan premis Akrab



Johor Bahru: Pada 8 Ogos 2015 berlangsung 2 Seminar serentak  iaitu Seminar Borong Di China 8 Ogos 2015 & Seminar Bursa Saham 8-9 Ogos 2015 di Dewan Koperasi Akrab Johor, Taman Kempas Indah JB. Dari tinjauan kami seminar ini sangat bagus dan bermanfaat khususnya untuk usahawan baru yang berminat dan peluang tambahan kepada semua peniaga yang ingin meneroka pasaran baru. Kami sebagai penyedia tempat megucapkan berbilion terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

FB















https://www.facebook.com/pages/Koperasi-Akrab-Johor-Berhad/195010817340002 http://koopajob.blogspot.com/ http://cidbakrab.blogspot.com/ ‪#‎borongdichina‬ ‪#‎seminarsaham‬ ‪#‎sewadewan‬

Wednesday 22 July 2015

Salam Lebaran dari kami

Johor Bahru : Sempena Ramadan dan Syawal 1436 kali ini, Pengerusi dan Ahli Lembaga Koperasi Akrab Johor Berhad mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri.
Kepada semua ahli Koperasi Akrab Johor Berhad, rakan usahawan, rakan usahasama, peserta kursus, pertubuhan, sekolah, agensi dan lain-lain yang telah bermuamalah bersama kami atau syarikat-syarikat di bawah kami.
Dengan lafaz Minal Aidil Wal Faizin wal maqbulin, Kullu Amin Wa Antum Bi Khair, Taqabbalallah minna wa minkum, maaf zahir dan batin.

Terima kasih