Highway

Monday 19 October 2015

Tahniah Dr.PhD kepada Dato Norzam

Pengorbanan Dato Dr. Haji Norzam Darmin berbaloi apabila telah berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Konvokesyen 2015 UTM di Skudai Johor Bahru baru-baru ini.

Beliau adalah salah seorang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Akrab Johor Berhad dalam Biro Pelaburan yang juga seorang Arkitek Berlesen.

Dalam bidang bisnes beliau telah menyandang jawatan Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Cawangan Johor.

Dato juga aktif dalam pertubuhan NGO Ikram yang menyandang sebagai Pengerusi JK Pembangunan Ekonomi Negeri Johor.

Semoga kejayaan beliau ini akan menjadi pemangkin kepada kemajuan Koperasi Akrab Johor Berhad ke persada gemilang. Sekalung tahniah daripada kami. Terima kasih.

Monday 5 October 2015

Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pengurusan Projek Metodologi PMP

Alhamdulillah kursus ini berlangsung pada 21-22 September 2015 bermula 8.30 pagi -5.00 petang di Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad.

Kursus dikendalikan oleh Haji Ismail Omar dari Minda Wibawa Resources. Sangat bagus dan bermanfaat. Kursus kontraktor CIDB 20 mata CCD. 

Sebagai penyedia tempat kursus kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengendali kursus yang sudi mengunakan kemudahan premis kami sekali dengan perkhidmatan katering. Moga selesa dan berterusan bentuk kerjasama ini di masa hadapan. InshaAllah.