Highway

Saturday 8 November 2014

Kursus CIDB Sebelum Cuti Sekolah 2 Hari 20 CCD Pemantauan & Pengawalan Projek Pembinaan Berkesan 23-24 Nov 2014



Kursus CIDB Sebelum Cuti Sekolah 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kursus terbuka kepada semua kontraktor, bakal kontarktor, yang lama atau yang baru, organisasi, jabatan, pekerja, majikan, perunding atau individu yang berminat.

Tanpa pemantauan dan pengawalan projek yang betul, kita akan menghadapi risiko kerugian disebabkan oleh faktor seperti pekerja, cuaca dan kekurangan bekalan bahan pembinaan.

Kursus kali ini mendedahkan cara mengira kualiti masa, perancangan kerja & kewangan projek serta banyak lagi tips berguna. Daftar segera. Tempat terhad kepada 30 peserta sahaja.

Johor Bahru : Kursus CIDB sebelum Cuti Sekolah. Kursus akan datang kami ialah pada
Tarikh : 23-24 November 2014 (Ahad-Isnin)
Masa : 8.30 pagi -5.00 petang
Tempat : Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad,
90-01 Jalan Kempas Indah 1/1, Taman Kempas Indah 81300 JB
(5 Minit dari Exit Kempas ke arah Senai/Seelong atau 3 minit dari Setia Tropika)
Yuran : RM350 sahaja seorang peserta termasuk sijil, file, nota dan makan 3 kali sehari.

Berminat sila SMS/ Whatapps atau Hubungi 0127082260 En Hamdan. Juga boleh emel akrabjohor@gmail.com

Terima kasih


CIDB Training Before School Holidays

Assalamualaikum & Hello,

 JB : Training before School Holidays. Our next course is on 23-24 November 2014 (Sunday -Monday) 8.30 am-5.00pm in Seminar Hall Co Akrab Johor Berhad, 90-01 Jalan Kempas Indah 1/1, Taman Kempas Indah, Johor Bahru (5 minutes from Exit Kempas towards Senai / Seelong, 3 minutes from Setia Tropica ) Fee RM350 only for one participant including certificates, files, notes, and 3 times meals a day.

Interested? Please SMS/Whatapps or Call 0127082260 Mr Hamdan or Email akrabjohor@gmail.com Please send me your email and I will attach Schedule & Registration Form (please fill in and send back to us).

Thank you very much. Let's register it right now.

Wednesday 5 November 2014

Majlis Pra Penubuhan Kelab Usahawan Muda Ikram (Kemudi)



Assalamualaikum, Maklumat dari Akhi Mustaqim, oleh kerana pada sebelah pagi ada majlis Ihtifal SRIH, majlis di atas dicadangkan buat sebelah petang. Butiran majlis yang dipersetujui ialah sebagaimana berikut :

Tarikh : 22 November 2014 Sabtu
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Koperasi Akrab Johor Berhad 90-01 Jalan Kempas Indah 1/1 Taman Kempas Indah 81300 JB

Johor Bahru : Pertemuan Pra Penubuhan Kelab Usahawan Muda Ikram (KEMUDI) akan diadakan pada 22 November 2014 Sabtu di Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Akrab Johor Berhad yang juga Biro yang dipertanggung jawabkan untuk menguruskan pertemuan tersebut Saudara Mustaqim Dato' Yusof berkata waktunya terpaksa ditukar dari 9.00 pagi ke 2.00 petang berikutan pada waktu tersebut ia bertembung dengan Majlis Ihtifal Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) di mana ramai kalangan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang terlibat.

"Kami berazam mengumpulkan usahawan muda yang berminat berusia di bawah 40 tahun, khususnya lepasan Sekolah Islam Hidayah yang tidak melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi. Kami akan beri latihan dan peluang untuk menjadi kontraktor yang berjaya, In sha Allah." kata Pengerusi Koperasi Akrab Johor Berhad Prof Madya Dr. Zakaria Yusof (Foto) yang mencadangkan penubuhan kelab ini.

Terima kasih. HB

Tuesday 4 November 2014

Laporan Ringkas Perjalanan Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pengurusan Bisnes Kontraktor Pembinaan



Laporan Ringkas Perjalanan Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pengurusan Bisnes Kontraktor Pembinaan (K14) No. Kelulusan : CIDBJH/C/2014/0164 

Johor Bahru : Pada tarikh 1-2 November 2014 hari Sabtu-Ahad yang lalu, telah berlangsung Kursus Pengurusan Bisnes Kontraktor Pembinaan yang diadakan di Dewan Seminar, Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman Kempas Indah, Johor Bahru.

Syukur Alhamdulillah jumlah kehadiran ialah seramai 17 peserta telah berjaya datang dari awal sehingga tamat kursus dan telah mendapat ilmu yang disampaikan oleh Prof Madya Sr Dr. Zakaria Bin Mohd Yusof dari Fakulti Alam Bina UTM Skudai bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. 

Diucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan membuat pembayaran. Termasuk yang hadir kursus ialah seorang pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM & seorang jurutera di pelantar minyak Exxonmobil di Bintulu Sarawak.

Maklum balas yang baik daripada peserta yang hadir di mana selain mendapat pengetahuan apabila mahu menceburkan diri dalam bisnes kontraktor kursus kali ini malah dapat juga dikurniakan 20 mata CCD. Peserta dibekalkan dengan fail yang mana di dalamnya terdapat nota penting dan contoh latihan pengiraan.


Di akhir sesi penutup, peserta di anugerahkan sijil penyertaan Kursus 2 Hari 20 CCD yang diiktiraf oleh CIDB. Pada sesi santai se waktu makan dan rehat, para peserta berbincang sesama mereka mengenai berbagai info, peluang dan perkongsian pengalaman.

Akhir kalam, diucapkan terima kasih kepada CIDB Negeri Johor yang memberi keizinan kepada kami menganjurkan kursus. Hasrat kami ialah untuk menjadi Pusat Latihan Keusahawanan dan sama-sama kita berdoa agar Akrab Training terus maju, menjadi pusat yang bakal melahirkan kontraktor dan usahawan yang unggul di negeri Harimau Selatan ini.

Salam hormat daripada
Sekretariat Kursus Kontraktor Akrab Training & Services
2 November 2014