Highway

Monday 16 June 2014

Laporan Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Penyediaan Tender & Sebut Harga Projek Pembinaan Berkesan



Laporan Ringkas Perjalanan
Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Peyediaan Tender & Sebut Harga  Projek Pembinaan Berkesan (K10) No. Kelulusan : CIDBJH/C/2014/0065

Johor Bahru : Bertarikh 29-30 Mei 2014 hari Khamis-Jumaat telah diadakan Kursus Peyediaan Tender & Sebut Harga Projek Pembinaan Berkesan yang diadakan di Dewan Seminar, Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman Kempas Indah, Johor Bahru.

Syukur Alhamdulillah jumlah kehadiran ialah seramai 29 peserta telah berjaya datang dari awal sehingga tamat kursus dan telah mendapat ilmu yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Zakaria Mohd Yusof pada hari kedua dan Dr. Sirajul pada hari pertama dari Fakulti Alam Bina UTM Skudai bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Untuk maklumat lanjut sila ziarah Kursus CIDB


Monday 9 June 2014

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-2 Koperasi Akrab Johor Berhad 21 Jun 2014 Sabtu

Johor Bahru : Pengerusi dan Lembaga dengan sukacitanya menjemput semua anggota ke Mesyuarat Agung Ke-2 Koperasi Akrab Johor Berhad pada 21 Jun 2014 Sabtu, 2.30 petang di Dewan Koperasi Akrab Johor Berhad 90-01 Jalan Kempas Indah 1/1 Taman Kempas Indah 81300 Johor Bahru.

Kehadiran anda amat kami hargai. jamuan petang disediakan. Terima kasih.

Segala kemusykilan sila hubungi sekretariat Mesyuarat Agung 0197577708 En Hamdan.

Pendaftaran Sebelum Ramadan Kursus 2 Hari 20 CCD Pemantauan & Pengawalan Projek Pembinaan Berkesan 23-24 Jun 2014


Johor Bahru : Kursus kami akan datang ialah pada 23-24 Jun 2014 (Isnin-Selasa) seminggu sebelum Ramadan bermula 8.30pagi -5.00 petang di Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad, 90-01 Jalan Kempas Indah 1/1, Taman Kempas Indah, Johor Bahru (Exit Kempas ke arah Senai/Seelong) Yuran RM350 sahaja bagi seorang peserta termasuk sijil, file, nota dan makan 3 kali sehari.

Sila SMS emel saudara dan kami akan hantar Poster, Jadual & Borang Pendaftaran Kursus (sila isikan dan hantar semula kepada kami). Jika tiada emel bolehlah SMS atau hubungi 0197577708 En Hamdan.

Jom mendaftar segera. Terima kasih.

JB : Our next course is on 23-24 June 2014 (Monday-Tuesday) 8.30-5.00pm in Seminar Hall Co Akrab Johor Berhad, 90-01 Jalan Kempas Indah 1/1, Taman Kempas Indah, Johor Bahru (Exit Kempas towards Senai / Seelong ) Fee RM350 one participant including certificates, files, notes, and meals 3 times a day.

Send us your email and I will attach it a poster included with the email also Schedule & Registration Form (please fill in and send back to us)

Let's register it wright now. Tq. Please SMS or call 0197577708 Mr Hamdan