Highway

Wednesday 27 November 2013

Kursus Kontraktor Teknik Penyediaan Sebut Harga Kompetatif Peluang Untuk Kontraktor Mengumpul Mata CCD



Johor Bahru : Kursus Kontraktor yang dianjurkan oleh Akrab Training & Services dengan kerjasama CIDB Johor telah menawarkan mata CCD bagi individu atau syarikat yang berjaya menyempurnakan kursus tersebut.

Akrab Training setiap kali menganjurkan kursus akan memohon program mata CCD dari pihak CIDB yang berada di Jalan Tampoi, Johor Bahru.

Kursus terbaru iaitu Kursus Kontraktor Teknik Penyediaan Sebut Harga Kompetatif akan diadakan pada 3-4 Disember 2013 bermula 8.30 - 5.00 petang di Dewan Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman Kempas Indah, Johor Bahru yang menawarkan 20 mata CCD.

Penting

Kursus ini amat penting kepada syarikat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB kerana bermula pada 1hb Januari 2010, tempoh pembaharuan perakuan pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia hendaklah disertakan dengan sejumlah pungutan mata CCD.

Jika ada kontraktor yang gagal mengumpul mata, mereka akan diberikan kelulusan bersyarat untuk tempoh satu tahun. Jika mata CCD masih gagal dikumpul dalam tempoh tersebut, permohonan pembaharuan perakuan pendaftaran berikutnya tidak akan diperbaharui sehingga jumlah mata CCD seperti yang ditetapkan dapat dikumpul.

Tempoh pembaharuan boleh dipohon antara satu tahun hingga tiga tahun; Gred G1/G2 : 1 tahun (10 mata) – 2 tahun (20 mata) – 3 tahun (30 mata) Gred G3/G4 : 1 tahun (20 mata) – 2 tahun (40 mata) – 3 tahun (60 mata) Gred G5/G6 : 1 tahun (30 mata) – 2 tahun (60 mata) – 3 tahun (60 mata) Gred G7 : 1 tahun (40 mata) – 2 tahun (80 mata) – 3 tahun (120 mata).

Untuk memudahkan pihak yang berminat, berikut adalah jadual waktu kursus yang akan diadakan minggu depan. Pendaftaran masih dibuka. sebarang kemusykilan, sila taip SMS atau Hubungi En. Hamdan 0197577708.




Monday 25 November 2013

Kursus Kontraktor Teknik Penyediaan Sebut Harga Kompetatif 3-4 Dis 2013


Johor Bahru : Pendaftaran untuk kursus kontraktor kali ke 3 ini dibuka sekarang. Menurut pengurusAkrab Training & Services, En. Hamdan bahawa kursus ini adalah kali ke 3 yang dianjurkan oleh kami dan berharap kepada semua kontraktor yang berminat supaya jangan melepaskan peluang untuk menambah ilmu di samping mendapat ganjaran mata CCD oleh CIDB.

Lokasi kami  hanya 4 minit dari Tol Kempas Lebuhraya PLUS, dewan berhawa dingin dan berkarpet tebal setaraf sebagaimana kursus di hotel, makanan masakan melayu, kemudahan surau, parkir dan persekitaran yang selamat, InshaAllah.

Kami juga mengalu-alukan guru-guru atau penyarah kolej teknik dan vokasional mengikuti kursus kami kerana ia boleh menambah pengetahuan dan guru akan lebih memahami serta boleh mengajar dengan berkesan sukatan pelajaran vokasional yang ditetapkan oleh kementerian Pelajaran.

Berikut adalah butiran kursus tersebut :

Tajuk : Kursus Kontraktor Teknik Penyediaan Sebut Harga Yang Kompetatif
Tarikh : Selasa - Rabu 3- 4 Disember 2013
Masa : 8.30 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Koperasi Akrab Johor Berhad, Jalan Kempas 1/1, Taman Kempas Indah. JB
Yuran : RM350 sahaja (Termasuk Fail, Nota Penting, Sijil Penyertaan dan Makan 3 kali sehari)

Berminat? Daftar segera, tempat terhad.

Taip SMS

Kukon3<jarak>NamaAnda<jarak>Alamat<jarak>Emel dan hantar ke 0197577708

Contoh SMS : Kukon3 Muzammil Ali Tmn. Impian Skudai binali@gmail.com

Kami akan emelkan :
1. Borang Pendaftaran
2. Jadual Waktu Kursus
3. Ringkasan Mengenai Kursus
4. Poster Iklan Kursus


Tuesday 19 November 2013

Laporan Ringkas Perjalanan Kursus Kontraktor



Laporan Ringkas Perjalanan Kursus Kontraktor Pemantauan & Pelaksanaan Projek Pembinaan.

Kursus Kontraktor Pemantauan & Pelaksanaan Projek Pembinaan berjaya

Pada 12-13 November 2013 hari Selasa dan Rabu telah diadakan Kursus Kontraktor Pemantauan & Pelaksanaan Projek Pembinaan yang berlangsung di Dewan Seminar, Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman Kempas Indah JB.

Tahniah kepada peserta kursus kontraktor siri 2

Seramai 8 peserta telah berjaya menghadirkan diri sehingga tamat kursus dan telah mendapat ilmu yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Zakaria Mohd Yusof selama 2 hari bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Pada sebelah petang hari kedua beliau sudi bersama pengurus dan ALK Akrab, menyampaikan sijil dan cenderahati berupa pen dan tshirt Akrab Creative kepada semua peserta.

Juadah makanan kursus yang menepati citarasa

Juadah makanan disediakan oleh SIH Niaga Sdn Bhd yang memenuhi citarasa peserta dan penganjur di mana telah dihidang tepat pada masanya sebanyak 3 kali sehari. Hari kedua kursus, bersamaan dengan 9 Muharam , ramai peserta yang berpuasa sunat termasuk fasilitator, tetapi makanan masih elok dan boleh dibawa balik untuk juadah berbuka.


Kursus Kontraktor bersiri akan berterusan

Walaupun peserta kali ini tidak ramai sebagaimana yang kami harapkan, tetapi kami tetap akan terus menganjurkan siri latihan sebegini dan berusaha meningkatkan pemasaran sesuai dengan hasrat kami untuk menjadi Pusat Latihan Keusahawanan dan sama-sama kita berdoa agar Akrab Training terus maju, menjadi pusat yang bakal melahirkan kontraktor dan usahawan yang unggul di negeri Harimau Selatan ini.

Kemudahan musola untuk peserta kursus

Kemudahan musola untuk kemudahan peserta solat berjamaah juga disediakan di mana peserta juga digalakkan solat sunat Dhuha dan boleh berehat sambil menunggu sesi pelajaran seterusnya. Kebersihan tandas amat dititik-beratkan kerana itu ialah lambang imej kami yang mementingkan kebersihan dan integriti.

Suasana kursus yang selesa

Dengan pemasangan blinder baru pada tingkap, whiteboard yang lebih besar, flipchart berdiri untuk kertas mahjong, dan skrin projektor yang tetap telah memberi keselesaan dan kemudahan kepada peserta dan fasilitator.

Terima Kasih Kepada Semua Peserta Kursus

Ucapan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dengan membuat pembayaran awal. Terdapat 2 orang guru dari Kolej Vokasional Kota Tinggi, seorang peserta berbangsa India dan peserta yang mengikuti kursus anjuran kami kali ke 2 semata-mata untuk menuntut ilmu bukan kerana mata CCD.

 Juadah makanan disediakan oleh SIH Niaga Sdn Bhd yang memenuhi citarasa peserta dan penganjur di mana telah dihidang tepat pada masanya sebanyak 3 kali sehari. Hari kedua kursus, bersamaan dengan 9 Muharam , ramai peserta yang berpuasa sunat termasuk fasilitator, tetapi makanan masih elok dan boleh dibawa balik untuk juadah berbuka.

Laporan Ringkas Perjalanan Kursus Kontraktor Pemantauan & Pelaksanaan Projek Pembinaan

 Pada 12-13 November 2013 hari Selasa dan Rabu telah diadakan Kursus Kontraktor Pemantauan & Pelaksanaan Projek Pembinaan yang berlangsung di Dewan Seminar, Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman Kempas Indah JB.

 Seramai 8 peserta telah berjaya menghadirkan diri sehingga tamat kursus dan telah mendapat ilmu yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Zakaria Mohd Yusof selama 2 hari bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Pada sebelah petang hari kedua beliau sudi bersama pengurus dan ALK Akrab, menyampaikan sijil dan cenderahati berupa pen dan tshirt Akrab Creative kepada semua peserta.

Sunday 10 November 2013

Dapatkan Tips Pengurusan Projek Dalam Kursus Kontraktor 12-13 Nov 2013



Dapatkan tips Pengurusan Projek yang berkualiti?

Perolehi maklumat bagaimana penyeliaan dan pengawalan masa & kualiti Projek?

Mencari info perancangan kerja dan kewangan projek?

Ketahui semua ini di dalam:

Kursus Kontraktor Pemantauan & Pelaksanaan Projek Pembinaan
12-13 Nov 2013 Selasa-Rabu
di Dewan Koperasi Akrab Johor Berhad


Segera, taipkan SMS Kukon2 Nama<jarak> Alamat<jarak>Emel hantar ke 0197577708

Contoh SMS : Kukon2 Muhammad Bina 90 Jalan Seelong, JB muhdbina@yahoo.com

Saturday 9 November 2013

Kursus Saham BSKL di Dewan Koperasi Akrab Johor



Telah berlangsung hari ini, 9 November 2013 Kursus Saham BSKL di Dewan Koperasi Akrab Johor. Sambutan menggalakkan daripada peminat saham yang mencari peluang kejayaan melalui bidang itu.


Terima kasih kepada Pn Hajjah Noraini yang berjaya menganjurkan kursus ini menggunakan premis kami. Kami akan cuba untuk memuaskan semua pihak dari penganjur dan peserta serta penceramah.


Moga ada manfaatnya kursus ini


Terima kasih daun keladi, jika ada lain program, jemputlah buat di sini lagi.

Friday 8 November 2013

Bagaimana untuk memantau & mengawal dalam pelaksanaan projek pembinaan



Bagimana teknik pemantauan dan pengawalan projek?

Bagaimana pengiraan kuantiti dan asas penyediaan sebut harga?

Bagaimana peyeliaan dan pengawalan masa & kualiti projek?

Semua ini anda boleh mendapatkan jawapannya dalam Kursus Kontraktor anjuran Akrab Training dengan kerjasama CIDB Johor.

Pendaftaran masih dibuka. masihn ada kekosongan. Jangan lepaskan peluang ini kepada semua kontraktor lama, baru dan bakal kontraktor kerana ia mengurniakan 20 mata CCD.

Berminat sila taip SMS  Kukon2 Nama<jarak>Alamat<jarak>Emel hantar ke 0197577708

Contoh SMS : Kukon2 Muhammad Fateh 90 Jln Kempas Indah 1/1 Tmn Kempas Indah JB muhdfateh@gmail.com

Koperasi Mondragon Yang Memacu Ekonomi Sepanyol



Koperasi Mondragon Yang Berjaya Di Sepanyol
Bolehkah koperasi memainkan peranan yang berkesan dalam sektor ekonomi kita? Jawapan saya , terbukti boleh. banyak contoh dalam negara yang mana koperasi telah menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada anggota dan masyarakat, misalnya koperasi yang buka pasar mini , sudah pasti menyediakan pekerjaan dan ruang berniaga untuk anggotanya.

Cuba lihat koperasi-koperasi di Felda dan luar bandar yang telah membantu ekonomi masyarakat setempat. Kalau di peringkat dunia, banyak contohnya, satu yang selalu disebut ialah Koperasi Mondragon di Sepanyol yang merupakan organisasi perniagaan ke tujuh terbesar di Sepanyol dangan pusingan perniagaannya dalam 12 billion euros setahun.

Koperasi ni melalui syarikat-syarikat perniagaan yang ditubuh bawahnya telah membuka banyak cawangan perniagaan seluruh dunia dan telah menyediakan pekerjaan kepada lebih 83,000 orang.

Pekerja-pekerja ini merupakan ahli Koperasi Mandragon. Koperasi ini juga mempunyai universiti dengan palajar seramai 9,000 orang.

Pada pandangan saya, koperasi boleh memberi impak kepada ekonomi negara kita. Contoh kejayaan koperasi-koperasi ini kerana mereka mengamalkan nilai-nilai koperasi yang baik dan tulen, penyertaan semua pihak terutama anggota-anggotanya dalam perancangan dan kawalan koperasi, pengurusan secara profesional, menjalankan tanggungjawab sosial dan sentiasa memikirkan innovasi dalam perniagaan mereka.

Ada masa bolehlah melawat Sepanyol untuk melihat dan belajar mengenai kejayaan mereka. Jangan lupa untuk belajar juga sejarah kegagalan mereka yang mana mereka tidak pernah berputus asa dan terus bangkit memacu koperasi dengan penuh intrigiti.

Sumber pandangan

Wednesday 6 November 2013

Latar Belakang Akrab Training & Services




PROFAIL SYARIKAT

Akrab Training & Services  disahkan pendaftarannya oleh SSM pada 21 Disember 2012. Pada asalnya syarikat ini beralamat di No 18 Jalan Puyoh, Larkin Jaya 80350 Johor Bahru, Johor dan kini telah berpindah ke premis baru di No 90-01 Jalan Kempas Indah 1/1, Taman Kempas Indah 81300 Skudai, Johor.

Misi Akrab Training & Services ialah berhasrat menjadi peneraju pengendali  latihan, kursus, seminar, konferens dan perhimpunan di negeri Johor.

Operasi Akrab Training & Services bermula dari tarikh 21 Disember 2012 dengan mengambil seorang Penolong Pengurus sebagai kakitangan tetap dan sekarang dikendalikan oleh seorang pengurus tetap berkelulusan Diploma UiTM.


Akrab Training & Services adalah syarikat dibawah payung Koperasi Akrab Johor Berhad (J-4-0818) yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merupakan sebuah koperasi yang ahlinya terdiri daripada berbagai latar belakang seperti doktor, pensyarah, guru, ahli perniagaan dan pekerja swasta.

PERKHIDMATAN KAMI

·         Mengendalikan Kursus Kontraktor Bersiri Bermula September 2013
·         Akan mengendalikan Seminar Keusahawanan
·         Akan mengendalikan Kursus Bahasa Arab Kepada Bakal Haji
·         Akan mengadakan Kursus Perkahwinan
·         Menyewakan dan mengendalikan dewan untuk seminar, kursus dan latihan
·         Meyewakan Bilik Mesyuarat  

PELANGGAN KAMI

·         Koperasi Akrab Johor Berhad
·         SIH Akrab Food Industri Sdn Berhad
·         Akrab Creative Centre
·         Pertubuhan Ikram Malaysia Cawangan Johor
·         Sekolah Islam Hidayah, Jalan Seelong, Johor Bahru

PROFAIL PENGURUSAN KAMI

Pengurus

Bertanggungjawab menguruskan syarikat ini. Lepasan Diploma UiTM 1992 dalam bidang Pengurusan Perniagaan, sudah 10 tahun menceburkan diri dalam perniagaan runcit, trading dan pemasaran ikan laut, menjadi  egen Takaful Etiqa selama 6 tahun, bekas seorang  guru akademik dan aktivis masyarakat.

Pendaftaran Syarikat SSM




BUTIRAN SYARIKAT
Nama
Akrab Training & Services
Ditubuhkan pada
2012
Pemilik Masa Kini
Dato’ Haji Norzam Bin Darmin
No Pendaftaran
JM0641883-X
Alamat
Alamat Dalam Pendaftaran
No 18 Jalan Puyoh, Larkin Jaya
80350 Johor Bahru, Johor

Alamat Surat menyurat
90-01 Jalan Kempas Indah 1/1
Taman kempas Indah
81300 Skudai, Johor





Tel : 018 3078891
Faks : 07 5589015
Tel Sekretariat : 019 7577708
E-mail
akrabjohor@gmail.com
Bank Utama
CIMB  0116 0000 486 108
Blog
Ko-Akrab Johor Berhad
FB
Koperasi Akrab Johor Berhad