Highway

Monday 20 April 2015

Pendaftaran Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD 4-5 Mei 2015 Pengurusan Bisnes Kontraktor


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pendaftaran Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pengurusan Bisnes Kontraktor Pembinaan Berkesan : Tarikh : 4-5 Mei 2015 Isnin Selasa,
Masa : 8.30-5.00 petang
Tempat : Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad 90-01
Jalan Kempas Indah 1/1 Taman Kempas Indah 81300 Johor Bahru.
Yuran RM350 sahaja termasuk nota, file, sijil dan makan 3x sehari.

Pensyarah Pakar dari UTM Skudai. Sesuai untuk semua kontraktor pembinaan baru atau lama, pemaju, perunding dan mana-mana agensi pembinaan.

Ketahui peluang dalam bisnes kontraktor, prosidur pendaftaran CIDB, PKK dan agensi yang berkaitan. Persiapan minda dan sumber projek dari agensi berkaitan,memahami tender, kontrak, lukisan pelan, sebutharga dan persiapan projek.

Berminat? Sila SMS/Wasap atau hubungi 0127082260 En Hamdan. emel akrabjohor@gmail.com Terima kasih.


Kursus Bursa Saham 3 hari di Koperasi Akrab



Johor Bahru : Kursus Bursa Saham yang dikendalikan oleh Sdr Nikman seorang remisier Affin Hwang telah diadakan di premis kami. Didokan semoga sukses selalu. Kami sebagai tuan rumah mengucapkan terima kasih kerana sudi menggunakan kemudahan kami.



Masih mencari tempat untuk kursus atau seminar yang sesuai di bandaraya JB, berhampiran laluan Lebuhraya Utara Selatan, yang selesa dan selamat... Berminat? sila hubungi/ wasap 0127082260 En Hamdan. Terima kasih.

Pendaftaran dan Taklimat UIC di JB

Johor Bahru : Pihak Universiti International Collage (UIC) yang berpengkalan di Melaka telah menyewa Dewan Seminar Akrab pada 11 April 2015 hari Sabtu untuk pendaftaran dan taklimat kemasukan kolej uninersiti mereka. Ramai yang hadir termasuk ibubapa. Kami ucapkan berbanyak terima kasih. Selamat maju jaya.

 Sesi pendaftaran






Berminat untuk menyewa premis kami untuk mengadakan kursus, seminar atau taklimat? wasap /telefon 0127082260 En. Hamdan. Terima kasih

Kursus Saham BSKL dan Kursus Memborong Barang di China


Johor Bahru : Telah berlangsung kursus Saham BSKL pada hari Jumaat 3 April 2015 dan Kursus Memborong di China pada 4 April 2015. Terima kasih kerana sudi menggunakan ruang seminar dan menggunakan kemudahan premis kami. Syukran daripada pengurusan Akrab.








Berminat untuk membuat kursus di tempat kami?.. sila wasap/telefon 0127082260 En. Hamdan. Terima kasih.

Laporan Ringkas Perjalanan Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Penyediaan Tender & Sebut Harga Projek Pembinaan Berkesan

Laporan Ringkas Perjalanan Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Penyediaan Tender & Sebut Harga Projek Pembinaan Berkesan
No. Kelulusan : CIDBJH/C/2015/0039

Johor Bahru : Pada tarikh 13-14 April 2015 hari Isnin-Selasa, telah berlangsung Kursus Penyediaan Tender & Sebut harga Projek Pembinaan Berkesan yang diadakan di Dewan Seminar, Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman Kempas Indah, Johor Bahru.

Syukur Alhamdulillah jumlah pendaftaran ialah seramai 17 peserta menerima tunjukajar yang disampaikan oleh Prof Madya Sr Dr. Zakaria Bin Mohd Yusof (Ketua Fasilitator) pada hari pertama sebelah pagi, Dr. Saidin mengajar pada sebelah petang dan Dr. Sirajul pada hari kedua kursus sebelah pagi dan Dr. Saidin sebelah petang sehingga selesai. Kesemua pensyarah didatangkan khas dari Fakulti Alam Bina UTM Skudai. Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan membuat pembayaran. Termasuk yang hadir kursus ialah seorang berbangsa Tionghua dan seorang berketurunan India dari satu syarikat pembinaan besar. Maklum balas daripada peserta yang hadir amat baik kerana pensyarah sangat bijak dalam mengendalikan kursus dan sesi petang ialah sesi khas pengiraan supaya peserta tidak rasa mengantuk dan keadaan sentiasa ceria sekali-sekali dengan senda gurau.

Setiap peserta dibekalkan dengan fail yang mana di dalamnya terdapat nota penting dan contoh latihan pengiraan. Di akhir sesi penutup, peserta di anugerahkan sijil penyertaan Kursus 2 Hari 20 CCD yang diiktiraf oleh CIDB. Dalam sesi santai se waktu rehat semasa kudapan, makan tengah hari dan minum petang, para peserta berbincang sesama mereka mengenai berbagai info, peluang dan perkongsian pengalaman.

Terima kasih kepada CIDB Negeri Johor yang memberi keizinan kepada kami menganjurkan kursus. Hajat kami ialah untuk menjadi Pusat Latihan Keusahawanan yang bakal melahirkan kontraktor dan usahawan yang berintegriti dan unggul di negeri Merah Biru ini.

Salam hormat daripada
Sekretariat Kursus Kontraktor Akrab Training & Services
20 April 2015 (K19)

Kelihatan Dr. Sirajul dari Fakulti Alam Bina UTM Skudai sedang menerangkan sesuatu kepada peserta kursus.