Highway

Friday 6 November 2015

Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pengurusan CIPAA



Alhamdulillah kursus ini berlangsung pada 3-4 November 2015 bermula 8.30 pagi -5.00 petang di Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad. Kursus dikendalikan oleh Haji Ismail Omar dari Minda Wibawa Resources.

Sangat bagus dan bermanfaat kepada semua kontraktor dalam urusan membuat tuntutan bayaran dan jika berlaku kelewatan bayaran atau tidak menerima bayaran yang sepatutnya sedangkan kerja-kerja telah dilaksanakan maka terpaksa menggunakan saluran undang-undang.

Kursus kontraktor CIDB 20 mata CCD. Sebagai penyedia tempat kursus kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengendali kursus yang sudi mengunakan kemudahan premis kami sekali dengan perkhidmatan katering.

Moga selesa dan berterusan bentuk kerjasama ini di masa hadapan. InshaAllah. Kursus akan datang pada 3-4 Disember 2015 InshaAllah. Hubungi 0193036869 Haji Ismail Omar




No comments:

Post a Comment