Highway

Wednesday 5 November 2014

Majlis Pra Penubuhan Kelab Usahawan Muda Ikram (Kemudi)



Assalamualaikum, Maklumat dari Akhi Mustaqim, oleh kerana pada sebelah pagi ada majlis Ihtifal SRIH, majlis di atas dicadangkan buat sebelah petang. Butiran majlis yang dipersetujui ialah sebagaimana berikut :

Tarikh : 22 November 2014 Sabtu
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Koperasi Akrab Johor Berhad 90-01 Jalan Kempas Indah 1/1 Taman Kempas Indah 81300 JB

Johor Bahru : Pertemuan Pra Penubuhan Kelab Usahawan Muda Ikram (KEMUDI) akan diadakan pada 22 November 2014 Sabtu di Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Akrab Johor Berhad yang juga Biro yang dipertanggung jawabkan untuk menguruskan pertemuan tersebut Saudara Mustaqim Dato' Yusof berkata waktunya terpaksa ditukar dari 9.00 pagi ke 2.00 petang berikutan pada waktu tersebut ia bertembung dengan Majlis Ihtifal Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) di mana ramai kalangan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang terlibat.

"Kami berazam mengumpulkan usahawan muda yang berminat berusia di bawah 40 tahun, khususnya lepasan Sekolah Islam Hidayah yang tidak melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi. Kami akan beri latihan dan peluang untuk menjadi kontraktor yang berjaya, In sha Allah." kata Pengerusi Koperasi Akrab Johor Berhad Prof Madya Dr. Zakaria Yusof (Foto) yang mencadangkan penubuhan kelab ini.

Terima kasih. HB

No comments:

Post a Comment