Highway
Thursday, 25 December 2014
KEMUDI mengumpulkan usahawan muda
Peserta dari Kluang memperkenalkan diri
Johor Bahru : Telah berlangsung dengan jayanya Pelancaran Kelab Usahawan Muda Ikram atau ringkasnya KEMUDI pada 20 Disember 2014 Sabtu yang lalu di Koperasi Akrab Johor Berhad. Pelancaran dirasmikan oleh Dato' Norzam Darmin yang mewakili YDP Ikram Johor merangkap Pengerusi JK Pembangunan Ekonomi Ikram Johor. Turut hadir ialah Pengerusi Koperasi Akrab Johor Berhad, Prof Madya Dr. Zakaria Yusof, ALK Dato Yusof Ahmad dan PIC Mustaqim Dato' Yusof.
Antara tujuan kelab ini ditubuhkan ialah untuk mengumpul dan menarik minat anak muda untuk menjadi usahawan. Koperasi Akrab akan menyediakan tempat pertemuan, data base dan latihan Kontraktor CIDB kepada yang berminat. Seramai 15 orang usahawan dari berbagai bidang dan cabang bisnes telah mendaftar pada hari tersebut. Program bermula 9.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari diikuti dengan pameran dan sesi memperkenalkan produk masing-masing. Kami mendoakan usaha murni ini berjaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment