Highway

Monday 20 April 2015

Laporan Ringkas Perjalanan Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Penyediaan Tender & Sebut Harga Projek Pembinaan Berkesan

Laporan Ringkas Perjalanan Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Penyediaan Tender & Sebut Harga Projek Pembinaan Berkesan
No. Kelulusan : CIDBJH/C/2015/0039

Johor Bahru : Pada tarikh 13-14 April 2015 hari Isnin-Selasa, telah berlangsung Kursus Penyediaan Tender & Sebut harga Projek Pembinaan Berkesan yang diadakan di Dewan Seminar, Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman Kempas Indah, Johor Bahru.

Syukur Alhamdulillah jumlah pendaftaran ialah seramai 17 peserta menerima tunjukajar yang disampaikan oleh Prof Madya Sr Dr. Zakaria Bin Mohd Yusof (Ketua Fasilitator) pada hari pertama sebelah pagi, Dr. Saidin mengajar pada sebelah petang dan Dr. Sirajul pada hari kedua kursus sebelah pagi dan Dr. Saidin sebelah petang sehingga selesai. Kesemua pensyarah didatangkan khas dari Fakulti Alam Bina UTM Skudai. Kursus bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan membuat pembayaran. Termasuk yang hadir kursus ialah seorang berbangsa Tionghua dan seorang berketurunan India dari satu syarikat pembinaan besar. Maklum balas daripada peserta yang hadir amat baik kerana pensyarah sangat bijak dalam mengendalikan kursus dan sesi petang ialah sesi khas pengiraan supaya peserta tidak rasa mengantuk dan keadaan sentiasa ceria sekali-sekali dengan senda gurau.

Setiap peserta dibekalkan dengan fail yang mana di dalamnya terdapat nota penting dan contoh latihan pengiraan. Di akhir sesi penutup, peserta di anugerahkan sijil penyertaan Kursus 2 Hari 20 CCD yang diiktiraf oleh CIDB. Dalam sesi santai se waktu rehat semasa kudapan, makan tengah hari dan minum petang, para peserta berbincang sesama mereka mengenai berbagai info, peluang dan perkongsian pengalaman.

Terima kasih kepada CIDB Negeri Johor yang memberi keizinan kepada kami menganjurkan kursus. Hajat kami ialah untuk menjadi Pusat Latihan Keusahawanan yang bakal melahirkan kontraktor dan usahawan yang berintegriti dan unggul di negeri Merah Biru ini.

Salam hormat daripada
Sekretariat Kursus Kontraktor Akrab Training & Services
20 April 2015 (K19)

Kelihatan Dr. Sirajul dari Fakulti Alam Bina UTM Skudai sedang menerangkan sesuatu kepada peserta kursus.

No comments:

Post a Comment