Highway

Friday, 24 October 2014

Pertukaran tarikh Pertemuan Pra Penubuhan Kelab Usahawan Muda Ikram (KEMUDI)



Johor Bahru : Pertemuan Pra Penubuhan Kelab Usahawan Muda Ikram (KEMUDI) yang dijadualkan akan diadakan pada 25 November 2014 Sabtu di Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad 90-01 Jalan Kempas Indah 1/1 Taman Kempas Indah 81300 Johor Bahru (foto) terpaksa ditangguhkan.

Menurut Ahli Lembaga Koperasi Akrab Johor Berhad yang juga Biro yang dipertanggung jawabkan untuk menguruskan pertemuan tersebut Saudara Mustaqim Dato' Yusof berkata ianya terpaksa ditangguhkan berikutan tarikh tersebut bertembung dengan Perhimpunan Tahunan Ikram (PTI 2014) di Subang Jaya Selangor di mana ia amat penting seumpama Muktamar tahunan bagi ahli Ikram. 

Kami berazam mengumpulkan usahawan muda yang berminat berusia di bawah 40 tahun, khususnya lepasan Sekolah Islam Hidayah yang tidak melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi.

Kami akan beri latihan dan peluang untuk menjadi kontraktor yang berjaya, In sha Allah. Tarikh baru pertemuan akan dimaklumkan kemudian, kesulitan amat dikesali.

Selamat ke PTI 2014. Terima kasih. HB

Wednesday, 22 October 2014

Kelulusan CIDB Kursus Pengurusan Bisnes Kontraktor 1-2 Nov 2014



Johor Bahru : Setiap kali pihak Akrab Training & Services ingin menganjurkan kursus kontraktor, terlebih dahulu perlu memohon kebenaran dari pihak CIDB yang mengurniakan mata CCD kepada peserta dan syarikatnya.

Tanpa kelulusan dari pihak CIDB, pihak kami tidak boleh mengeluarkan sijil dan peserta tidak layak mendapat mata CCD dari pihak CIDB yang merupakan syarat wajib kepada mana-mana kontraktor 

Ucapan terima kasih kepada CIDB Pejabat Negeri Johor atas kerjasama yang diberikan. Ini adalah kursus kali ke 14 yang mendapat kelulusan dari pihak CIDB.

Laporan mengenai senarai peserta /syarikat dan perjalanan kursus yang telah dilaksanakan mestilah dihantar kepada pihak CIDB selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh kursus.

Jangan ragu untuk hadir ke kursus kami 2 Hari 20 CCD pada 1-2 November 2014 (Sabtu-Ahad) bermula 8.30 pagi- 5.00 petang di Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad, 90-01 Jalan Kempas Indah 1/1, Taman Kempas Indah 81300 Johor Bahru.

Selamat datang. Terima kasih


Perlantikan Juruaudit Dalaman



Johor Bahru : Perlantikan Juruaudit Dalaman amat penting bagi menyemak perjalanan selama satu tahun sebuah koperasi samaada ia berjalan dengan baik atau sebaliknya.

Teguran dan nasihat para juruaudit amat dihargai dan menjadi panduan untuk ALK memperbaiki di masa akan datang.

Melalui Mesyuarat ALK kali pertama sesi 2014-2015 pada 9 September 2014 yang lalu, ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara melantik kalangan ahli yang amanah serta mempunyai kepakaran iaitu :

1) Hasni bin Hassan
2) Salim bin Jami’un
3) Mohd Radzi bin Ibrahim

Perlantikan sebagai Juruaudit Dalaman berkuatkuasa bermula tarikh 9 September 2014 sehingga Mesyuarat Agung sesi akan datang itu atas cadangan Mohd Noor Daud dan disokong oleh Zainal Abidin bin Sidi. Terima kasih

Sila like FB

Wednesday, 15 October 2014

Senarai Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Akrab Johor Berhad

Johor Bahru : Untuk makluman semua anggota koperasi yang juga pemegang saham bahawa jumlah ALK organisasi ini telah dikurangkan dari 12 kepada 9 sebagaimana yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi pada 21 Jun 2014 yang lalu.

Tujuan mengurangkan anggota ALK ialah disebabkan oleh sukar mencapai cukup korum bagi menjalankan Mesyuarat ALK mengikut Undang-undang Kecil Koperasi iaitu kehadiran mesti melebihi ½ anggota ALK. Contoh, jika bilangan ALK 12 orang, maka 7 orang yang perlu datang bagi melengkapkan bilangan korum.

Berikut ialah senarai ALK yang telah dipilih:

1. Dr. Zakaria bin Mohd Yusof (ZMY)- Pengerusi
2. Zainal Abidin bin Sidi (ZAS) - Setiausaha
3. Ahmad Zaidon bin Rais (AZR) - Bendahari
4.Mohd Noor Daud (MND) - ALK
5.Dato’ Norzam bin Darmin (ND) - ALK
6.Dato’ Yusof Ahmad (YA) - ALK
7.Ahmad Hisham bin Ahmad Walat (AHAW) - ALK
8.Wan Ibrisam Fikry Bin Wan Ismail - ALK
9.Mustaqim bin Yusof (MY) - ALK

Semoga berjaya. Terima kasih.

Sila Like FB

Kursus Pengurusan Bisnes Kontraktor Pembinaan (Pendaftaran dibuka sekarang)

Photo: Kursus Pengurusan Bisnes Kontraktor Pembinaan (Pendaftaran dibuka sekarang)

Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pengurusan Bisnes Kontraktor Pembinaan 
(Sesuai untuk semua kontraktor, perunding, organisasi, agensi, juga yang ingin menceburkan diri dalam bisnes kontraktor, kami akan diajarkan satu-persatu)
Tarikh :1-2 November 2014 Sabtu-Ahad
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad
90-01 Jalan kempas Indah 1/1 Taman Kempas Indah 81300 Johor Bahru
(20 Minit dari Senai Airport, 5 Minit dari Tol Kempas atau 3 Minit dari Setia Tropika JB)

Sila emel akrabjohor@gmail.com untuk mendapatkan borang pendaftaran (isikan & emel semula kepada saya), jadual kursus dan silibus dan E-Poster. Terima kasih.

-- 
KOPERASI AKRAB JOHOR BERHAD (J-4-0818)
90-01, Jalan Kempas 1/1,
Taman Kempas Indah,
81300 Johor Bahru,
Johor.

Hamdan 
Pengurus

H/p   : 0127082260 

No Akaun : CIMB Islamic 0116 0000 486 108 Koperasi Akrab Johor Berhad

Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pengurusan Bisnes Kontraktor Pembinaan 
(Sesuai untuk semua kontraktor, perunding, organisasi, agensi, juga yang ingin menceburkan diri dalam bisnes kontraktor, kami akan diajarkan satu-persatu)

Tarikh :1-2 November 2014 Sabtu-Ahad

Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang

Tempat : Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad 90-01 Jalan kempas Indah 1/1 Taman Kempas Indah 81300 Johor Bahru
(20 Minit dari Senai Airport, 5 Minit dari Tol Kempas atau 3 Minit dari Setia Tropika JB)

Sila telefon, SMS, Whatapps ke 0127082260 atau emel ke akrabjohor@gmail.com untuk mendapatkan borang pendaftaran (isikan & emel semula kepada saya), jadual kursus dan silibus dan E-Poster.

Terima kasih.

KOPERASI AKRAB JOHOR BERHAD (J-4-0818)
90-01, Jalan Kempas 1/1, Taman Kempas Indah, 81300 Johor Bahru, Johor.
Hamdan Pengurus
H/p : 0127082260

No Akaun : CIMB Islamic 0116 0000 486 108 Koperasi Akrab Johor Berhad

Sumbangan Khairat Kematian Anggota Koperasi




Johor Bahru : Kebajikan ahli koperasi yang meninggal dunia tidak kami diabaikan. Atas cadangan Setiausaha ALK Sdr Zainal Abidin Sidi (Kiri) dan setelah berbincang dengan panjang lebar, telah diputuskan dalam mesyuarat ALK bertarikh 7 Oktober 2014 bahawa setiap kali berlaku kematian ahli, akan dipulangkan semua sahamnya sebanyak RM500++ dan ditambah dengan sumbangan khairat sebanyak RM300 yang diambil dari keuntungan Akrab Training & Services.

Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini, dapat memberi manfaat kepada keluarga yang berkenaan.

Pra Penubuhan Kelab usahawan Muda Ikram (KEMUDI)



Johor Bahru : Mesyuarat ALK pada 7 Oktober 2014 bersetuju sebulat suara melantik Sdr Mustaqim bin Yusof untuk mengendalikan proses penubuhan kelab ini khususnya kepada anak-anak Sekolah Hidayah yang sudah menjadi usahawan atau yang tidak melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pendidikan selepas SPM. 

"Pelancaran akan dibuat oleh YDP Ikram Johor. Kita (koperasi) mungkin tidak menjana wang tetapi melahirkan usahawan, itu sudah memadai".

Sekiranya nama kelab tidak sesuai, boleh diganti dengan yang lebih menangkap sesuai dengan jiwa anak muda. Cadangan pertemuan pertama pada akhir Oktober 2014 dan pelancarannya hujung tahun ini.

"Akrab tidak kaya tetapi InshaAllah, menghasilkan orang kaya" kata Prof Madya Dr. Zakaria Mohd Yusof yang mempengerusikan mesyuarat pada malam tersebut.

Perlantikan Ketua Biro



Johor Bahru : Tahniah, pada 7 Oktober 2014 dalam Mesyuarat ALK Koperasi Akrab Johor Berhad telah berlangsung perlantikan Ketua Biro-biro sebagaimana berikut.

Perlantikan diumumkan oleh Prof Madya Dr. Zakaria Mohd Yusof selaku Pengerusi. :

Biro Pelaburan : Dato’ Norzam bin Darmin (foto)

Biro Perniagaan : Mustaqim bin Yusof

Biro Latihan : Mohd Noor Daud

Pencerahan mengenai Biro Latihan ialah latihan atau kursus kepada semua ALK dan anggota koperasi di SKM atau MKM, termasuk juga lawatan sambil belajar ke koperasi yang berjaya bagi memantapkan organisasi dan sumber manusia.

Wednesday, 8 October 2014

Surat Kelulusan Kursus oleh CIDB



Johor Bahru : Setiap kursus yang dianjurkan oleh pihak Akrab Training & Services telah dipastikan mendapat kelulusan dari CIDB. Tidak berkecuali untuk kursus bertarikh 12 - 13 Oktober 2014 Kursus 2 Hari 20 CCD Pemantauan & Pengawalan Projek Pembinaan Berkesan.

Terima kasih kepada CIDB Johor yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menganjurkan kursus tersebut.

Kursus kami terbuka kepada semua, samada kontraktor lama atau baru, atau baru mahu menceburkan diri dalam bisnes kontraktor, kami sangat mengalu-alukan.

Tanpa pengetahuan mengenai pemantauan & pengawalan projek pembinaan berhadapan dengan risiko kerugian.

Semoga peserta mendapat ilmu dan manfaat dari kursus tersebut seterusnya mendapat mata ganjaran yang diperlukan. Selamat datang ke kursus kami.


Senarai Koperasi terbaik


Gambar Hiasan : Koperasi melibatkan aktiviti pelaburan hartanah

Koperasi terbaik 2013 Diantara senarai koperasi yang terbaik pada tahun lepas, sempena Hari Koperasi Negara 2014 :-

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD - koperasi ini terlibat dalam berbagai pelaburan bernilai berjuta-juta ringgit

KOPERASI TUNAS MUDA SUNGAI ARA BERHAD - terlibat dalam aktiviti perumahan 

KOPERASI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BERHAD - aktiviti utama memberi pinjaman kepada anggota yang terdiri dari anggota tentera

KOPERASI PESERTA-PESERTA FELCRA MALAYSIA BERHAD - aktiviti pembangunan tanah dan pemasaran input pertanian, serta kerja kontrak

KOPERASI NLFCS BERHAD - aktiviti perladangan

ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD - koperasi apex

KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD - aktiviti pelaburan, hartanah dan pinjaman

Sesebuah koperasi ditakrifkan sebagai Koperasi Terbaik di Malaysia apabila koperasi berkenaan mencapai tahap prestasi kewangan (perolehan, aset dan ekuiti), perniagaan, pengurusan dan pematuhan perundangan yang memuaskan mengikut piawaian (standard) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan diselaraskan dengan kriteria yang digunapakai oleh International Co-operative Alliance (ICA).

Sila ziarah

Monday, 6 October 2014

PertukaranTarikh Kursus Terkini 12-13 Oktober 2014 dan 1-2 November 2014



Johor Bahru : Harap maaf dipohon, disebabkan oleh perubahan jadual yang dibuat oleh fasilitator maka ada sedikit pertukaran tarikh kursus. Oleh kerana ramai yang bertanya kepada kami berkenaan siri kursus CIDB anjuran Akrab Training & Services maka disenaraikan kursus kami terbaru yang terhampir . Mohon pilih tarikh yang bersesuaian.

1) 13-14 Oktober 2014 Isnin -Selasa Tarikh Baru 12-13 Oktober 2014 Ahad- Isnin
8.30 pagi - 5.00 petang
Kursus Pengawalan & Pemantauan Projek Pembinaan Berkesan
2 Hari 20 CCD
Di Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad 90-01 Jalan Kempas Indah 1/1 Taman Kempas Indah 81300 Johor Bahru
(Tanpa pengetahuan mengenai pengawalan dan pemantauan projek pembinaan boleh menyebabkan kontraktor akan mudah mengalami kerugian)

2) 27-28 Oktober 2014 Isnin -Selasa Tarikh Baru 1 -2 November 2014 Sabtu-Ahad 
8.30 pagi - 5.00 petang
Kursus Pengurusan Bisnes Kontraktor Pembinaan
2 hari 20 CCD
Di Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad 90-01 Jalan Kempas Indah 1/1 Taman Kempas Indah 81300 Johor Bahru
(Bagaimana hendak menceburkan diri dalam bidang kontraktor pembinaan, kami ajarkan satu- persatu)

 Berminat? segera hubungi 0127082260 En Hamdan