Highway

Wednesday, 15 October 2014

Pra Penubuhan Kelab usahawan Muda Ikram (KEMUDI)



Johor Bahru : Mesyuarat ALK pada 7 Oktober 2014 bersetuju sebulat suara melantik Sdr Mustaqim bin Yusof untuk mengendalikan proses penubuhan kelab ini khususnya kepada anak-anak Sekolah Hidayah yang sudah menjadi usahawan atau yang tidak melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pendidikan selepas SPM. 

"Pelancaran akan dibuat oleh YDP Ikram Johor. Kita (koperasi) mungkin tidak menjana wang tetapi melahirkan usahawan, itu sudah memadai".

Sekiranya nama kelab tidak sesuai, boleh diganti dengan yang lebih menangkap sesuai dengan jiwa anak muda. Cadangan pertemuan pertama pada akhir Oktober 2014 dan pelancarannya hujung tahun ini.

"Akrab tidak kaya tetapi InshaAllah, menghasilkan orang kaya" kata Prof Madya Dr. Zakaria Mohd Yusof yang mempengerusikan mesyuarat pada malam tersebut.

No comments:

Post a Comment