Highway

Wednesday 22 October 2014

Kelulusan CIDB Kursus Pengurusan Bisnes Kontraktor 1-2 Nov 2014



Johor Bahru : Setiap kali pihak Akrab Training & Services ingin menganjurkan kursus kontraktor, terlebih dahulu perlu memohon kebenaran dari pihak CIDB yang mengurniakan mata CCD kepada peserta dan syarikatnya.

Tanpa kelulusan dari pihak CIDB, pihak kami tidak boleh mengeluarkan sijil dan peserta tidak layak mendapat mata CCD dari pihak CIDB yang merupakan syarat wajib kepada mana-mana kontraktor 

Ucapan terima kasih kepada CIDB Pejabat Negeri Johor atas kerjasama yang diberikan. Ini adalah kursus kali ke 14 yang mendapat kelulusan dari pihak CIDB.

Laporan mengenai senarai peserta /syarikat dan perjalanan kursus yang telah dilaksanakan mestilah dihantar kepada pihak CIDB selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh kursus.

Jangan ragu untuk hadir ke kursus kami 2 Hari 20 CCD pada 1-2 November 2014 (Sabtu-Ahad) bermula 8.30 pagi- 5.00 petang di Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad, 90-01 Jalan Kempas Indah 1/1, Taman Kempas Indah 81300 Johor Bahru.

Selamat datang. Terima kasih


No comments:

Post a Comment