Highway

Friday 5 June 2015

Laporan Ringkas Konvensyen Ekonomi Ikram 2015


Johor Bahru : Tan Sri Mohammad Ali Hashim yang menjadi ahli lembaga pengarah kepada lebih 15 syarikat yang berjaya. Sentuhan emasnya menyebabkan beliau menjadi sebutan dan tokoh korporat Islam Bumiputera yang disegani. Mengendalikan lebih 12 cabang perniagaan yang berbagai menjadi Penceramah Utama Konvensyen Ekonomi yang julung kali diadakan ini pada 23 Mei 2015 Sabtu di Hotel New York Johor Bahru..

Kehadiran seramai 130 peserta biasa manakala 4 orang daripada peserta yang memohon untuk mendapatkan 10 mata CCD dari CIDB. Peserta hadir bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Peserta dibekalkan dengan beg cenderahati, iklan penaja dan kupon makan. Diakhir konvensyen peserta dianugerahkan dengan sijil kehadiran 10 CCD.

Akhir sekali ucapan terima kasih kepada JK Pembangunan Ekonomi Ikram Johor, CIDB Negeri Johor dan semua yang terlibat menjayakan program ini.

Salam hormat.
Sekretariat Konvensyen
Akrab Training & Services






















No comments:

Post a Comment