Highway

Monday 8 June 2015

Laporan Ringkas Perjalanan Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pemantauan & Pengawalan Projek Pembinaan Berkesan



Laporan Ringkas Perjalanan Kursus CIDB 2 Hari 20 CCD Pemantauan & Pengawalan Projek Pembinaan Berkesan
No. Kelulusan : CIDBJH/C/2015/0038

Johor Bahru : Pada tarikh 25-26 Mei 2015 hari Isnin-Selasa, telah berlangsung Kursus Pemantauan & Pengawalan Projek Pembinaan Berkesan yang diadakan di Dewan Seminar, Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman Kempas Indah, Johor Bahru.

Alhamdulillah jumlah pendaftaran ialah seramai 7 peserta menerima tunjukajar yang disampaikan oleh Prof Madya Sr Dr. Zakaria Bin Mohd Yusof dari Fakulti Alam Bina UTM Skudai bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Diucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan membuat pembayaran. Termasuk yang hadir kursus ialah seorang Pensyarah dari Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang Perak. Maklum balas daripada peserta yang hadir amat baik kerana pensyarah sangat pakar dalam mengendalikan kursus sehingga sesi petang tidak rasa letih dan sentiasa ceria sekali-sekali dengan senda gurau. 

Peserta dibekalkan dengan fail yang mana di dalamnya terdapat nota penting dan contoh latihan pengiraan. Di akhir sesi penutup, peserta di anugerahkan sijil penyertaan Kursus 2 Hari 20 CCD yang diiktiraf oleh CIDB.

Pada sesi santai se waktu makan dan rehat, para peserta berbincang sesama mereka mengenai berbagai info, peluang dan perkongsian pengalaman.

Akhirnya, diucapkan terima kasih kepada CIDB Negeri Johor yang memberi keizinan kepada kami menganjurkan kursus. Hasrat kami ialah untuk menjadi Pusat Latihan Keusahawanan yang bakal melahirkan kontraktor dan usahawan yang unggul di negeri Hujung Benua ini.


Salam hormat daripada
Sekretariat Kursus Kontraktor Akrab Training & Services
30 Mei 2015 (K21)

















No comments:

Post a Comment