Highway

Thursday, 15 August 2013

Koperasi Akrab Johor Berhad Untuk Ahli Ikram

Ahli IKRAM Johor berpeluang untuk menjadi ahli Koperasi Akrab Johor Berhad. Koperasi ini telah diluluskan penubuhannya pada 07/07/2011 dengan nombor pendaftaran J-4-0818.
Mesyuarat koperasi telah diadakan pada 14 Ogos 2011 bagi memilih Ahli Lembaga Koperasi.
Bersesuaian dengan motto Pertubuhan IKRAM, “Ukhuwwah Teras Kegemilangan”, perkataan AKRAB pada koperasi IKRAM mencerminkan kesatuan dan kesepaduan ahli-ahli semua.

Pertubuhan IKRAM Malaysia, insyaAllah akan menjadi satu pertubuhan yang mencakupi ke semua aspeks kehidupan manusia.

Kita mempunyai hati yang prihatin kepada masyarakat dengan menjalankan amal-amal kebajikan atau sosial seperti membantu mangsa-mangsa banjir, kebakaran dan mereka yang miskin.


Kita menyediakan sekolah alternatif kepada ibubapa yang merasakan keperluan aliran agama diasimilasikan ke dalam sistem persekolahan biasa. Alhamdulillah, Sekolah Hidayah telah menempa nama di peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa.


Kita juga bergerak ke sekolah, kilang-kilang, dan pejabat menjalankan kempen Anda Bijak Jauhi Zina sebagai satu medium untuk mengurangkan masalah gejala sosial.


Kita tak cukup tangan menangani mereka yang ingin menganuti Islam. Banyak ceramah-ceramah yang dijalankan kepada mereka yang belum Islam yang dibuat oleh Unit ROSE (Ray of Serenity).

Kita juga menyediakan rumah perlindungan kepada mereka yang terlanjur dalam perhubungan melalui Raudhatul Sakinah.


Di peringkat antarabangsa pula, kita cuba membantu rakyat atau umat Islam di seluruh dunia termasuklah aktiviti pembebasan rakyat Palestin dari kekejaman Yahudi melalui Aqsa Syarif.


Disamping aktiviti yang lain-lain lagi, kita juga sekarang berkecimpung dalam bidang ekonomi melalui Koperasi Akrab Johor Berhad.

Kita mendoakan semoga IKRAM terus maju dan berjaya membawa masyarakat ke arah penghayatan Islam yang sebenar.

Kredit kepada Tokwae

No comments:

Post a Comment