Highway

Thursday 5 September 2013

Datanglah ke Meja Pameran Koperasi Akrab di Majlis Jalinan Mesra 8 Sept ini

Koperasi Akrab Johor akan mengadakan meja pameran di majlis ini, kempen keahliann baru dan promosi kursus latihan, promosi makanan & khidmat katering, Promosi cenderahati dan jualan produk seperti T-Shirt dll pada 8 Sept 2013 12-5ptg di Dewan TNB Kempas JB.

Penyediaan jamuan sepanjang majlis ini telah dikendalikan oleh SIH Akrab Food Industri Sdn Bhd. 

Syarikat usahasama dengan Koperasi Akrab Johor Berhad dan SIH Niaga Sdn Bhd ini memfokuskan kepada pasaran makanan siap masak, halal mengikut selera orang Malaysia dan telah pempunyai pengalaman dalam mengendalikan kantin dan dewan makan asrama Sekolah Islam Hidayah JB.Klik

Perancangan syarikat ini ialah untuk mempunyai sebuah bangunan kedai bagi mewujudkan sebuah dapur berpusat (Central Kitchen) dengan kelengkapan dapur terkini dan lengkap yang mampu menyediakan masakan untuk tempahan dalam skala besar.

Beberapa pekerja tetap telah dilantik dan dibantu dengan pekerja terlatih dalam waktu terdekat ini. Jangkaan projek dapur berpusat ini akan disiapkan pada Oktober 2013. Modal permulaan ialah RM200,000 dan peluang terbuka untuk membuat pelaburan dalam projek yang sangat berdaya saing ini.

No comments:

Post a Comment