Highway

Sunday 1 September 2013

Pertemuan dengan Pengarah CIDB Johor Berjaya



Pihak Koperasi Akrab Johor telah mengadakan pertemuan sebanyak 2 kali dengan pihak CIDB, pertama oleh Pengerusinya sendiri, Prof Madya Dr Zakaria Mohd Yusof dan kali ke2 oleh pengurus Koperasi Akrab Johor, En Hamdan.

Tujuannya ialah membincangkan hasrat anak syarikat di bawah koperasi ini iaitu Akrab Training & Services  (JM0641883-X) menganjurkan kursus Kontraktor bersiri dengan kerjasama CIDB.

Hasil pertemuan itu maka, kursus yang pertama akan diadakan iaitu Kursus Kontraktor Penyediaan Dokumen Tender dan Sebut Harga Kerja Bangunan yang akan diadakan pada 14-15 Septerber 2013 (Sabtu-Ahad) di Dewan Seminar Koperasi Akrab Johor Berhad 90-01 Jalan Kempas Indah, Taman Kempas Indah JB. Lokasi kami

Pihak CIDB mengalu-alukan usaha kami dan sedia bekerjasama dengan meletakkan beberapa syarat yang ditetapkan dan disaran membuat surat permohonan rasmi dan mengisi borang serta menghantar laporan. Pegawai CIDB akan datang pada bila-bila masa untuk membuat pemantauan.

"Dalam menganjurkan kursus ini apa yang penting bagi penganjur ialah budaya intgriti agar tidak ada peserta yang ambil kesempatan begitu juga penganjur jangan menyalahgunakan keizinan CIDB yang ada", kata Pengarah CIDB En Zaini Bin Jalil (foto) mengakhiri perbualan kami di pejabatnya.

No comments:

Post a Comment