Banyak projek-projek di bawah anak syarikat Koperasi Akrab Johor Berhad yang akan dijalankan. Sudah tentu setiap projek itu memerlukan modal pelaburannya bagi membolehkan bisnes itu berjalan dengan selesa dan membuat keuntungan, inshaAllah.
Pada 19 September 2013, Ahli Lembaga Pengarah telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk membuka peluang pelaburan ini kepada Ahli Koperasi, Ahli Ikram, rakan niaga dan rakan usahasama serta individu yang mempunyai sumber kewangan untuk melabur dalam projek-projek kami melalui Sahabat Korporat, Koperasi Akrab Johor Berhad
Sahabat Korporat akan terima semua pelaburan anda, tidak kisah samada pelaburan di bawah RM10,000 atau RM50,000 ke atas terpulang kepada kemampuan poket kita.
Bagi yang berminat, Sahabat Korporat akan membuat penerangan mengenai potensi projek yang dilaburkan dan jangkaan pulangan yang bakal diperolehi.
Semoga dengan pelaburan ini akan dapat menyuburkan lagi rezeki anda dan seterusnya dapat memajukan ekonomi ummah melalui wadah koperasi.
No comments:
Post a Comment