Highway

Wednesday, 30 October 2013

Surat Kelulusan Kursus Kontraktor Pemantauan & Pelaksanaan Projek Pembinaan


Ini ialah surat kelulusan yang diperolehi dari CIDB Johor. Jangan lepaskan peluang kepada semua kontraktor lama, yang baru atau yang bakal menjadi kontraktor untuk mendaftar.

Mengapa anda mesti mengikuti kursus kontraktor kali ini bersama kami :


  1. Mendapat kelulusan CIDB
  2. Mengurniakan 20 mata CCD
  3. Pensyarah dan fasilitator berpengalaman.
  4. Pensyarah dan fasilitator bertaraf pakar.
  5. Tempat yang mudah di cari iaitu hanya 4 minit  daripada Tol Kempas. Lokasi Kami
  6. Tempat yang selesa, ruang parkir yang luas dan selamat. 
  7. Kemudahan surau hanya 500 meter dari lokasi.
  8. Yuran berpatutan termasuk fail, sijil penyertaan, nota-nota berguna dan makan 3 kali sehari.



Monday, 28 October 2013

Surat Kelulusan Mengadakan Kursus Kontraktor CIDB



Sekali lagi, untuk menganjurkan Kursus Kontraktor ke 2, kami, di Akrab Training & Services telah membuat permohonan secara rasmi kepada pihak CIDB Johor (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) yang berada di Jalan Tampoi, Johor Bahru.

Alhamdulillah, kami telah menerima Surat Kelulusan mengadakan Kursus Kontraktor Pemantauan & Pelaksanan Projek Pembinaan iaitu CIDBJH/C/2013/0107 dan mata CCD sebanyak 20 mata.

Kepada semua bakal peserta, cepatlah membuat permohonan untuk meyertai kursus ini pada :

Tarikh :   12-13 November 2013 Selasa -Rabu 2 hari
Masa :    8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Koperasi Akrab Johor Berhad 90-01 Jalan Kempas Indah 1/1 
              Taman Kempas Indah 81300 Skudai, Johor 
Yuran :   RM350 Sahaja (termasuk sijil kehadiran, nota kursus dan makan 3 kali sehari)

Untuk Mendapatkan diskaun 14% atau RM300 sahaja, apabila peserta atau syarikat membuat pembayaran awal dan bolehlah memasukkan tunai/cek ke dalam akaun semasa kami atas nama:

Koperasi Akrab Johor Berhad 
CIDB Islamic 
0116 0000 486 108 

Simpan slip penyata sebagai bukti semasa pendaftaran. Sekiranya telah memasukkan yuran pendaftaran ke dalam akaun kami, sila maklumkan kami melalui Sms.

Cepat , tempat terhad, sila daftar sekarang dengan menaip Kukon2<nama>jarak<alamat> dan hantar ke 0197577708

Sekiranya peserta mempunyai alamat emel, bagi memudahkan kami melampirkan borang pendaftaran, jadual waktu kursus dan poster A4 kursus, bolehlah meghantar sekali bersama Sms di atas.

Contoh Sms :  Kukon2 Muhammad Fateh 105 Jalan Lingkaran T6 Kluang muhdfateh@gmail.com

Sunday, 27 October 2013

Kenali Fasilitator Kursus Kontraktor Anda


PROF. MADYA Sr DR. ZAKARIA MOHD YUSOF, 
Reg. QS, FRISM Certified Construction Project Manager (CIDB)

Beliau telah berkhidmat di Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sejak lebih 20 tahun yang lalu.

Mempunyai kelulusan Diploma dalam bidang Ukur Bahan sebelum melanjutkan pelajaran di Glasgow Caledonian University, Scotland, UK dalam bidang yang sama.

Beliau juga memperolehi MSc. in Construction dari Loughborough University of Technology, UK dan PhD dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) dari UTM Skudai.

Beliau juga merupakan Fellow Royal Institution of Surveyors Malaysia (FRISM) dan merupakan seorang Juukur Bahan Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia serta telah ditauliahkan sebagai Pengurus Projek oleh Lembaga Perindustrian Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

 Mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan latihan-latihan yang berkaitan dengan industri pembinaan sejak tahun 1995 melalui program-program peningkatan pembangunan kontraktor berterusan yang dianjurkan samada oleh CIDB, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan Unit Pembangunan Kontraktor dan Pembekal (UPKP), Pejabat Setiausaha Kewangan Kerajaan Negeri Sarawak dan beberapa agensi-agensi kerajaan yang lain dan telah berjaya melahirkan ramai usahawan-usahawan khususnya kontraktor pembinaan.

Beliau juga merupakan di antara orang yang bertanggung jawab dalam mengembangkan profesion Ukur Bahan di Indonesia dan pernah memperolehi Piagam Penghargaan dari Gabenur Sumatera Barat pada tahun 2007.


Saturday, 26 October 2013

Masih ada kekosongan: Pendaftaran Kursus Kontraktor 12-13 Nov 2013



Masih terdapat kekosongan bagi kontraktor yang lama, yang baru atau bakal kontraktor untuk meyertai kursus kontraktor anjuran Akrab Tarining & Services dengan kerjasama CIDB Johor.

Kursus yang menawarkan 20 mata CCD kali ini akan membawa modul Pemantauan & Kawalan Dalam Pelaksanaan Projek Pembinaan yang nanti, ilmu dan maklumat yang akan disampaikan sangat berguna untuk kita menjadi kontraktor yang profesional bukan kontraktor yang main semberono sahaja.

Ramai kalangan kontraktor yang tidak ambil berat atau malas belajar mengenai pengetahuan dan selok belok ilmu pembinaan akan mengalami kerugian akibat salah urus kewangan, tidak mampu mengawal projek dan tidak mustahil, ramai juga yang ditipu oleh pembekal dan lebih teruk lagi, dikelentong oleh pekerja asing yang lebih mahir yang mempunyai niat tidak baik.

Penyarah bagi kursus ini telah mempunyai pengalaman selama 20 tahun dan diiktiraf oleh CIDB dan UTM. Beliau dianggap pakar dalam mengendalikan latihan seperti kursus kontraktor ini dan kerap menjadi panel jemputan dalam dan luar negeri semenanjung.

Cepat, sila taipkan Kukon2 <Nama> jarak < Alamat> dan hantar ke 0197577708

Sila taipkan alamat emel jika ada untuk penghantaran borang pendaftaran dan jadual waktu kursus. Terima kasih.

Contoh : Kukon2 Muhammad Fateh 105 Jalan Lingkaran T6 Kluang muhdfateh@gmail.com

Wednesday, 23 October 2013

Pemasangan Blinders Tingkap, Whiteboard Mobile dan Flip Chart


Wednesday, 16 October 2013

Pendaftaran Untuk Kursus Kontraktor Pemantauan & Pelaksanaan Projek Pembinaan



Pendaftaran Kursus Kontraktor kali ke 2 anjuran Akrab Training & Services dengan kerjasamna CIDB Johor di buka sekarang. Keterangan untuk kursus berkenaan adalah seperti berikut :

Tarikh :   12-13 November 2013 Hari Selasa - Rabu
Masa :    8.30 pagi - 5.00 petang 
Mata :    20 Mata CCD
Tempat : Dewan Koperasi Akrab Johor Berhad Cari Lokasi Kami
              90-01 Jalan Kempas Indah 1/1
              Taman Kempas Indah 81300 Johor Bahru
Yuran :   RM350 seorang (termasuk nota kursus, sijil penyertaan dan makan 3 kali sehari)

Berminat, sila Sms KUKON2<nama>jarak<alamat> hantar ke 0197577708

Diskaun 14% atau RM300sahaja yuran kepada peserta yang mendaftar awal dengan memasukkan cek atau tunai ke Akaun No 0116 0000 486 108 CIMB Islamic atas nama Koperasi Akrab Johor Berhad.

Simpan slip sebagai bukti pembayaran. Terima kasih.

Sekiranya peserta mempunyai alamat emel, bolehlah menghantar alamat emel tersebut kepada kami, bagi memudahkan kami melampirkan borang pendaftaran, jadual waktu kursus dan poster A4 kursus.

Contoh Sms :  Kukon2 Muhammad Fateh 105 Jalan Lingkaran T6 Kluang muhdfateh@gmail.com

Tuesday, 8 October 2013

Akaun Semasa Koperasi Akrab Johor Berhad


Segala urusan yang melibatkan kewangan adalah lebih mudah sekiranya menggunakan cek dan keperluan sekurang-kurangnya 2 orang penama yang menandatangani cek tersebut bagi mengelak berlaku penyalahgunaan kewangan koperasi serta memberi imej yang baik kepada penyumbang dan pelabur.

Berikut adalah no akaun atas nama :

Koperasi Akrab Johor Berhad 
0116 000 486 108 
CIMB Islamic


Anak Beranak Ikut Serta Kursus Kontraktor

Monday, 7 October 2013

Kursus Kontraktor Telah Berjaya Dilaksanakan (foto)

Photo

 Prof Madya Sr Dr Zakaria Mohd Yusof sedang menyampaikan kursus.

 Kurang jelas

 
 Peserta kursus sedang menumpukan perhatian

 Suasana di waktu pagi hari pertama kursus

 
Beliau berpengalaman lebih 12 tahun  dalam kursus kontrtaktor

Pada 1-2 Okrober 2013 hari Selasa dan Rabu telah diadakan Kursus Kontraktor Penyediaan Dokumen Tender & Sebutharga Kerja Bangunan yang berlangsung di Dewan Seminar Berkarpet, Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman kempas Indah JB.

Seramai 11 peserta telah berjaya menghadirkan diri sehingga tamat kursus dan telah mendapat ilmu yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Zakaria Mohd Yusof  selama 2 hari bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Hadir juga En Bachan Singh, salah seorang pensyarah subjek kursus ini, di sebelah petang pada hari kedua dan beliau sudi bersama pengurus Akrab, menyampaikan sijil kepada semua peserta.

Ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah bersusah payah hadir khususnya peserta yang jauh iaitu dari daerah Kluang. Terdapat seorang peserta berbangsa Tionghua bersama pekerjanya dan satu-satunya wanita iaitu seorang gadis dari Pasir Gudang yang hadir ditemani adik lelakinya yang ikut serta dalam kursus tersebut.

Juadah makanan disediakan oleh SIH Niaga Sdn Bhd yang memenuhi citarasa peserta dan penganjur di mana telah dihidang tepat pada masanya sebanyak 3 kali sehari. Berbanyak terima kasih kami ucapkan.

Secara jujur, pihak penganjur mempunyai beberapa kelemahan kecil yang boleh dibaiki di masa hadapan iaitu perlunya pemasangan blinder pada tingkap, perlukan whiteboard yang lebih besar, flipchart berdiri untuk kertas mahjong, dan skrin projektor yang tetap. Kehadiran wakil CIDB Pejabat Cawangan Johor juga amat dialu-alukan pada masa depan.

Begitu juga jiran yang menyewa premis di bawah yang semacam tidak tahu menjaga kebersihan dan dengan imej yang menyakitkan mata iaitu menyidai pakaian depan kedai serta sampah yang dibiarkan bersepah di ruang parkir, sedangkan tong sampah ada disediakan di belakang bangunan ini.

Semoga kelemahan ini akan dibaiki segera dan sama-sama kita berdoa agar Akrab Training terus maju, menjadi pusat yang bakal melahirkan kontraktor dan usahawan yang unggul di Selatan Tanahair.