Highway

Monday 7 October 2013

Kursus Kontraktor Telah Berjaya Dilaksanakan (foto)

Photo

 Prof Madya Sr Dr Zakaria Mohd Yusof sedang menyampaikan kursus.

 Kurang jelas

 
 Peserta kursus sedang menumpukan perhatian

 Suasana di waktu pagi hari pertama kursus

 
Beliau berpengalaman lebih 12 tahun  dalam kursus kontrtaktor

Pada 1-2 Okrober 2013 hari Selasa dan Rabu telah diadakan Kursus Kontraktor Penyediaan Dokumen Tender & Sebutharga Kerja Bangunan yang berlangsung di Dewan Seminar Berkarpet, Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman kempas Indah JB.

Seramai 11 peserta telah berjaya menghadirkan diri sehingga tamat kursus dan telah mendapat ilmu yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Zakaria Mohd Yusof  selama 2 hari bermula 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Hadir juga En Bachan Singh, salah seorang pensyarah subjek kursus ini, di sebelah petang pada hari kedua dan beliau sudi bersama pengurus Akrab, menyampaikan sijil kepada semua peserta.

Ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah bersusah payah hadir khususnya peserta yang jauh iaitu dari daerah Kluang. Terdapat seorang peserta berbangsa Tionghua bersama pekerjanya dan satu-satunya wanita iaitu seorang gadis dari Pasir Gudang yang hadir ditemani adik lelakinya yang ikut serta dalam kursus tersebut.

Juadah makanan disediakan oleh SIH Niaga Sdn Bhd yang memenuhi citarasa peserta dan penganjur di mana telah dihidang tepat pada masanya sebanyak 3 kali sehari. Berbanyak terima kasih kami ucapkan.

Secara jujur, pihak penganjur mempunyai beberapa kelemahan kecil yang boleh dibaiki di masa hadapan iaitu perlunya pemasangan blinder pada tingkap, perlukan whiteboard yang lebih besar, flipchart berdiri untuk kertas mahjong, dan skrin projektor yang tetap. Kehadiran wakil CIDB Pejabat Cawangan Johor juga amat dialu-alukan pada masa depan.

Begitu juga jiran yang menyewa premis di bawah yang semacam tidak tahu menjaga kebersihan dan dengan imej yang menyakitkan mata iaitu menyidai pakaian depan kedai serta sampah yang dibiarkan bersepah di ruang parkir, sedangkan tong sampah ada disediakan di belakang bangunan ini.

Semoga kelemahan ini akan dibaiki segera dan sama-sama kita berdoa agar Akrab Training terus maju, menjadi pusat yang bakal melahirkan kontraktor dan usahawan yang unggul di Selatan Tanahair.

No comments:

Post a Comment