Highway

Sunday 27 October 2013

Kenali Fasilitator Kursus Kontraktor Anda


PROF. MADYA Sr DR. ZAKARIA MOHD YUSOF, 
Reg. QS, FRISM Certified Construction Project Manager (CIDB)

Beliau telah berkhidmat di Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sejak lebih 20 tahun yang lalu.

Mempunyai kelulusan Diploma dalam bidang Ukur Bahan sebelum melanjutkan pelajaran di Glasgow Caledonian University, Scotland, UK dalam bidang yang sama.

Beliau juga memperolehi MSc. in Construction dari Loughborough University of Technology, UK dan PhD dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) dari UTM Skudai.

Beliau juga merupakan Fellow Royal Institution of Surveyors Malaysia (FRISM) dan merupakan seorang Juukur Bahan Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia serta telah ditauliahkan sebagai Pengurus Projek oleh Lembaga Perindustrian Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

 Mempunyai pengalaman yang luas dalam mengendalikan latihan-latihan yang berkaitan dengan industri pembinaan sejak tahun 1995 melalui program-program peningkatan pembangunan kontraktor berterusan yang dianjurkan samada oleh CIDB, Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan Unit Pembangunan Kontraktor dan Pembekal (UPKP), Pejabat Setiausaha Kewangan Kerajaan Negeri Sarawak dan beberapa agensi-agensi kerajaan yang lain dan telah berjaya melahirkan ramai usahawan-usahawan khususnya kontraktor pembinaan.

Beliau juga merupakan di antara orang yang bertanggung jawab dalam mengembangkan profesion Ukur Bahan di Indonesia dan pernah memperolehi Piagam Penghargaan dari Gabenur Sumatera Barat pada tahun 2007.


No comments:

Post a Comment