Highway

Friday, 8 November 2013

Koperasi Mondragon Yang Memacu Ekonomi Sepanyol



Koperasi Mondragon Yang Berjaya Di Sepanyol
Bolehkah koperasi memainkan peranan yang berkesan dalam sektor ekonomi kita? Jawapan saya , terbukti boleh. banyak contoh dalam negara yang mana koperasi telah menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada anggota dan masyarakat, misalnya koperasi yang buka pasar mini , sudah pasti menyediakan pekerjaan dan ruang berniaga untuk anggotanya.

Cuba lihat koperasi-koperasi di Felda dan luar bandar yang telah membantu ekonomi masyarakat setempat. Kalau di peringkat dunia, banyak contohnya, satu yang selalu disebut ialah Koperasi Mondragon di Sepanyol yang merupakan organisasi perniagaan ke tujuh terbesar di Sepanyol dangan pusingan perniagaannya dalam 12 billion euros setahun.

Koperasi ni melalui syarikat-syarikat perniagaan yang ditubuh bawahnya telah membuka banyak cawangan perniagaan seluruh dunia dan telah menyediakan pekerjaan kepada lebih 83,000 orang.

Pekerja-pekerja ini merupakan ahli Koperasi Mandragon. Koperasi ini juga mempunyai universiti dengan palajar seramai 9,000 orang.

Pada pandangan saya, koperasi boleh memberi impak kepada ekonomi negara kita. Contoh kejayaan koperasi-koperasi ini kerana mereka mengamalkan nilai-nilai koperasi yang baik dan tulen, penyertaan semua pihak terutama anggota-anggotanya dalam perancangan dan kawalan koperasi, pengurusan secara profesional, menjalankan tanggungjawab sosial dan sentiasa memikirkan innovasi dalam perniagaan mereka.

Ada masa bolehlah melawat Sepanyol untuk melihat dan belajar mengenai kejayaan mereka. Jangan lupa untuk belajar juga sejarah kegagalan mereka yang mana mereka tidak pernah berputus asa dan terus bangkit memacu koperasi dengan penuh intrigiti.

Sumber pandangan

No comments:

Post a Comment