Ucapan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dengan membuat pembayaran awal. Terdapat 2 orang guru dari Kolej Vokasional Kota Tinggi, seorang peserta berbangsa India dan peserta yang mengikuti kursus anjuran kami kali ke 2 semata-mata untuk menuntut ilmu bukan kerana mata CCD.
Juadah makanan disediakan oleh SIH Niaga Sdn Bhd yang memenuhi citarasa peserta dan penganjur di mana telah dihidang tepat pada masanya sebanyak 3 kali sehari. Hari kedua kursus, bersamaan dengan 9 Muharam , ramai peserta yang berpuasa sunat termasuk fasilitator, tetapi makanan masih elok dan boleh dibawa balik untuk juadah berbuka.
No comments:
Post a Comment