Highway

Wednesday, 27 November 2013

Kursus Kontraktor Teknik Penyediaan Sebut Harga Kompetatif Peluang Untuk Kontraktor Mengumpul Mata CCD



Johor Bahru : Kursus Kontraktor yang dianjurkan oleh Akrab Training & Services dengan kerjasama CIDB Johor telah menawarkan mata CCD bagi individu atau syarikat yang berjaya menyempurnakan kursus tersebut.

Akrab Training setiap kali menganjurkan kursus akan memohon program mata CCD dari pihak CIDB yang berada di Jalan Tampoi, Johor Bahru.

Kursus terbaru iaitu Kursus Kontraktor Teknik Penyediaan Sebut Harga Kompetatif akan diadakan pada 3-4 Disember 2013 bermula 8.30 - 5.00 petang di Dewan Koperasi Akrab Johor Berhad, Taman Kempas Indah, Johor Bahru yang menawarkan 20 mata CCD.

Penting

Kursus ini amat penting kepada syarikat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB kerana bermula pada 1hb Januari 2010, tempoh pembaharuan perakuan pendaftaran dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia hendaklah disertakan dengan sejumlah pungutan mata CCD.

Jika ada kontraktor yang gagal mengumpul mata, mereka akan diberikan kelulusan bersyarat untuk tempoh satu tahun. Jika mata CCD masih gagal dikumpul dalam tempoh tersebut, permohonan pembaharuan perakuan pendaftaran berikutnya tidak akan diperbaharui sehingga jumlah mata CCD seperti yang ditetapkan dapat dikumpul.

Tempoh pembaharuan boleh dipohon antara satu tahun hingga tiga tahun; Gred G1/G2 : 1 tahun (10 mata) – 2 tahun (20 mata) – 3 tahun (30 mata) Gred G3/G4 : 1 tahun (20 mata) – 2 tahun (40 mata) – 3 tahun (60 mata) Gred G5/G6 : 1 tahun (30 mata) – 2 tahun (60 mata) – 3 tahun (60 mata) Gred G7 : 1 tahun (40 mata) – 2 tahun (80 mata) – 3 tahun (120 mata).

Untuk memudahkan pihak yang berminat, berikut adalah jadual waktu kursus yang akan diadakan minggu depan. Pendaftaran masih dibuka. sebarang kemusykilan, sila taip SMS atau Hubungi En. Hamdan 0197577708.




No comments:

Post a Comment